Latest News

Friday 21 October 2016

Tuduhan Berbaur FITNAH Terhadap Isu Projek IC

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Budaya BARISAN NASIONAL UMNO PBS PBRS UPKO... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TUDUHAN terhadap isu Projek IC oleh pengendali media sosial facebook Pembongkaran Penipuan BN UMNO yang menuding jari mengatakan UMNO, PBS, PBRS mahupun UPKO mengunakan metode projek IC sebagai kekal berkuasa di Sabah adalah tuduhan semata-mata tuduhan sepertinya yakni, boleh jadi fitnah bukan lagi sebagai mengumpat. Mereka harus sedar apakah tuduhan kamu ini ada asas serta bukti yang kukuh? Ataupun taburan fitnah semata-mata. Andainya kelakuan anda ini adalah tidak betul, AFS cuma nasihatkan, silalah bertaubat.

Perkara ini, bukanlah satu kegiatan yang boleh dibuat sewenang-wenangnya oleh mereka yang mempunyai kuasa memerintah sebagai kerajaan. Proses untuk mengeluarkan kad pengenalan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan dan umdang-undang yang termaktub dalam perlembagaan. Amat jengkel sekiranya pihak mereka membuat tohmahan seperti ini.

Kita sedia maklum berkaitan isu Projek IC Sabah. Kerajaan sendiri komited menyelesaikan dan mencari jawapan serta mencari solusi dengan menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara ini. Sejauh mana kebenaran dan kegiatan ini telah berlaku di Sabah, jelas sekali pihak kerajaan tidak melepaskan batuk di tangga kerana pihak kerajaan sangat mengambil serius hal ini.

Andaian persepsi oleh mereka-mereka yang melalak di media sosial adalah sama sekali meleset! Tambahan pula, mereka gagal mengemukakan bukti sah yang mengaitkan UMNO PBS PBRS dan UPKO menggunakan modus operandi projek IC sebagai kekal berkuasa.

Tuntasnya, ingatlah pesanan orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya’’.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook