Latest News

Wednesday 26 October 2016

Tuduhan MELULUH Terhadap Musa & Pairin? Kerja Si Budak Hingusan...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) musa aman... Oleh FB Page pembongkaran penipuan bn umno (screenshot)
(ii) siasat musa aman... Oleh FB Page GPRS (screenshot)

JANGANLAH menjadi pihak yang memandai-mandai seolah-olah dialah yang juara dan mengetahui kesemua kes itu. Membuat tuduhan persepsi mengaitkan Ketua Menteri dan juga Timbalan Ketua Menteri, Pembantu Menteri serta anak Ketua Menteri dalam kes penyelewengan/rasuah JANS, sedangkan pihak berkuasa dalam siasatan belum lagi mengesahkan perkara ini.

Wahai netizen khususnya rakyat Sabah, janganlah memandai-mandai membuat tuduhan kerana boleh jatuh fitnah perbuatan anda sekiranya tiada bukti yang sahih dan kukuh. Tuduhan boleh jadi fitnah adalah perbuatan yang terkutuk! Perbuatan seperti ini amatlah dilarang keras malah ia juga bertentangkan dengan norma-norma kehidupan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa sedangkan kepimpinan negeri meminta supaya semua pihak menyokong tindakan SPRM untuk mengenal pasti para individu yang terlibat dalam kes jenayah terbesar di negara itu di samping kepada mereka yang telah ditangkap kerana disyaki sebagai dalang utama.

Tidak ada sebarang desas-desus bahawa Dato' Seri Najib Razak menghalang pihak SPRM untuk menyiasat Ketua Menteri Sabah. Sedangkan, setakat ini SPRM menyatakan tiada lagi siasatan yang melibatkan ahli politik dan kepimpinan negeri mahupun persekutuan. Tuduhan mengatakan Dato' Seri Najib Razak menghalang SPRM adalah tomahan palsu semata-mata seolah-olah pihak yang membuat tuduhan seperti itu adalah sememangnya perbuatan tidak bertanggungjawab.

Malahan, apa yang dikatakan oleh Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah yang diketuai oleh Jufazli ini, tiada bukti yang kukuh dan tidak disahkan kebenarannya. Kemungkinan, gerakan ini hanya membuat andaian serta persepsi yang jauh sama sekali meleset andai mereka gagal menunjukkan bukti. Sememangya kerja si budak hingusan...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook