Latest News

Thursday 10 November 2016

AKHBAR LAIN, JANJIPUN LAIN Hanya Ciptaan Murahan Page Tersebut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Datuk Sairin Karno... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

BETULKAH ada janji itu? Jika memang ada janji, maka janji itu perlu ditunaikan. Jika tidak atau belum ditunaikan, maka perlu beritahu rakyat mengapa janji itu tidak dapat ditunaikan.

Pada kebiasaannya, jika ada janji daripada seorang wakil rakyat maka Pejabat Daerah yang menjadikan janji itu sebagai satu tindakan atau program daerah untuk memohon kewangan daripada kerajaan melalui kementerian-kementerian yang bertanggungjawab berkenaan akan satu-satu projek. Jika janji itu memang ada tetapi tidak dimasukkan sebagai tindakan daerah, maka janji sedemikian tidak akan dapat direalisasikan. Ertinya, jika Datuk Sairin Haji Karno pernah berjanji tetapi tidak diambil tindakan oleh Pejabat Daerah, maka Datuk Sairin Karno disabotaj oleh pihak Pejabat Daerah. Namun, jika Datuk Sairin Karno tidak pernah berjanji, maka secara automatiknya memang kemudahan seumpama itu bukan merupakan tindakan pejabat daerah. Jelas?

Kemungkinan besar, memang Datuk Sairin Haji Karno tidak pernah berjanji tetapi dakwaan, kononnya Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu berjanji hanyalah ciptaan page itu bagi memburukkan nama ADUN Liawan itu. Adalah mustahil, seseorang pemimpin yang ada kedudukan akan tetapi tidak menunaikan janji jika memang adanya janji tersebut.


Atas dasar page itu yang senantiasa membuat dakwaan fitnah dan bohong terhadap pemimpin kerajaan kerana sebagai penyokong pembangkang, page itu tidak akan mungkin menyatakan kebaikan kerajaan melainkan keburukan sahaja yang dicipta. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook