Latest News

Friday 25 November 2016

Apa Kes Jambatan Ke TLDM?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) LALUAN MENGHALA KE PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU... Oleh FB Odong Ayah (screenshot)

JAMBATAN itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan dan sebenarnya jambatan itu bukanlah laluan umum. Namun, oleh kerana ada perkampungan di sekitar masih ada juga penduduk yang melaluinya.

Jambatan bukan laluan umum tidak tertakluk kepada peruntukan perbekalan awam. Ianya tertakluk kepada pihak yang bertanggungjawab. Lagipun, kawasan itu adalah kawasan keselamatan di mana pihak kerajaan awam tidak boleh sewenang-wenangnya membina jambatan untuk laluan orang awam.

Biasanya, kawasan keselamatan tidak dibenarkan adanya perkampungan dan perkampungan di kawasan itu bukannya kampung yang dibuat secara rasmi. Tanah-tanah di kawasan itu bukan bergeran akan tetapi masih berstatus tanah kerajaan. Jika ada penduduk yang tinggal di kampung itu, sebenarnya mereka itu membina rumah secara haram di kawasan tersebut. Kawasan haram atau tidak rasmi sudah tentu tidak ada obligasi kerajaan untuk membina infrastruktur.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook