Latest News

Tuesday 8 November 2016

Artikel 1 (2) Perlembagaan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa Tidak Kenal Speaker Dewan Daripada Kota Belud... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

DENGAN mengubah Artikel 1 (2) Perlembagaan, bolehkah Bajet Negara yang dibentangkan setiap tahun akan diberikan 2/3 kepada Sabah dan Sarawak dan 1/3 kepada Semenanjung? Jawapannya tidak! Jika demikian, apa yang boleh diperolehi pada sebuah status atas kertas?

Sebenarnya, mereka yang mempersoalkan perubahan status itu tidak berasaskan kepada praktikal pentadbiran atau pemerintahan. Akan tetapi, hanya berkiblat pada nama atau gelaran sedangkan nama dan gelaran itu tidak memberikan apa-apa.

Boleh sahaja Parlimen mengubah Artikel 1 (2) Perlembagaan Negara dan kemudian mencetak Perlembagaan itu sesuai dengan acuan baru. Mengubah status ataupun tidak pada artikel itu sebenarnya tidak membawa apa-apa makna atau keuntungan kepada Sabah mahupun Sarawak. Hanya ianya menyebabkan bahawa para pemimpin terdahulu yang bertindak mengubah status itu sebagai kurang arif dan bodoh termasuklah TYT Sarawak yang ada sekarang kerana beliau juga termasuk kepada yang menyokong perubahan tersebut.

Mereka yang bertindak mahu mengubah status itu sebenarnya, langsung tidak memberi penghargaan kepada para pemimpin terdahulu. Kalaulah mengubah status itu kepada asal dapat mengubah kedudukan Sabah dan Sarawak daripada negeri yang ketinggalan kepada yang lebih maju, maka perubahan itu perlu disokong. Akan tetapi, hakikatnya perubahan itu hanya pada kertas yang tidak memberi erti apa-apa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook