Latest News

Wednesday 2 November 2016

BANDAR ROJAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) So who has Musa got to blame for rojak towns, traffic jams and slow development approvals besides himself and his advisers... Oleh FB Junz Wong (screenshot)

PERANCANGAN Bandar dilakukan oleh kerajaan tempatan berasaskan polisi yang sedia ada. Namun, pihak pemaju juga mempunyai pertimbangan lain dan sebab itulah, kenampakan bahawa pembangunan bandar khususnya Bandaraya Kota Kinabalu semacam bandar rojak. Ini kerana pelaksanaan projek-projek adalah bergantung sepenuhnya kepada pemaju. Bagi perancang bandar, apa yang penting adalah kriteria yang ditentukan telah dipenuhi, maka kelulusan melaksanakan sesebuah projek dapat dimulakan.

Punca kesesakan lalu lintas selain penambahan jalan raya yang lambat dengan ditambah lagi perubahan penempatan penduduk daripada satu lokasi yang baru. Masalah utama perancang bandar adalah tidak memikirkan ketersediaan jalan raya terlebih dahulu melainkan pengwujudan sesuatu taman perumahan didahulukan dan selepas itu barulah jalan raya menyusul. Bagi pengguna asal jalan raya, memang terasa sesak kerana sebelum kewujudan penempatan baru di lokasi berkenaan, keadaan jalan raya tidaklah sesak sebelumnya.

Suatu hari kelak, apabila semua projek-projek yang berupa taman-taman perumahan telah selesai atau tidak ada pertambahan lagi, maka arus lalu lintas akan dapat diatasi dengan sendirinya. 

Bandaraya Kuala Lumpur, memerlukan tempoh masa 50 tahun bagi menyelesaikan arus lalu lintas di bandaraya itu. Kini, apabila taman-taman perumahan sudah “in-place”, maka arus lalu lintas sudah mulus dan lancar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook