Latest News

Tuesday 15 November 2016

CAJ HOSPITAL KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CAJ HOSPITAL AKAN MENINGKAT
DENGAN ALASAN SUDAH 20TAHUN TIDAK DINAIKAN... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

MEMANG kerajaan bercadang menaikkan caj hospital kerajaan untuk perkhidmatan kelas 1 dan 2 pada tahun depan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan seperti mana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Subramaniam memberitahu kenaikan tersebut akan mula berkuat kuasa Januari tahun depan. Bagaimanapun, ketika ini kadarnya masih belum diputuskan lagi.

Tegas beliau, keputusan itu adalah wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat.

Malah, kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada tahun 1982 iaitu 34 tahun yang lepas.

Katanya, kenaikan kali ini hanya melibatkan caj yang dikenakan terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2 sahaja.

"Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2".

Datuk Seri Dr. Subramaniam turut menambah tanggungjawab utama KKM adalah untuk memastikan kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam terjamin kebajikan mereka.

Menurut Dr. Subramaniam, daripada dua juta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan hanya kira-kira 32,000 adalah pesakit kelas 1 dan kelas 2.

Katanya lagi, golongan tersebut adalah kalangan yang mempunyai pilihan dan ada kalanya mendapatkan rawatan di hospital swasta.

"Sebab itu potong subsidi yang menyebabkan caj naik".

"Saya harap hasil daripadanya akan diguna untuk mendapatkan ubat tambahan atau seumpamanya bagi mereka yang memerlukan di kelas 3," jelasnya.

Ketika ini, kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan 31 juta rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan manakala hanya 25 peratus sahaja memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Kata Datuk Seri Dr. Subramaniam, langkah-langkah ini diambil supaya rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang besar terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook