Latest News

Thursday 10 November 2016

Dokumen Sulit Negara

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) “Of course, the problem is that'... Oleh FB Page Free Malaysia Today (screenshot)
(ii) Expert sees bias in probe of MPs’ speeches... Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

PROFESOR Dr. Abdul Aziz Bari, seorang pemimpin DAP mendakwa kerajaan bersifat selektif dalam soal-soal penyiasatan berkaitan dengan dokumen rahsia negara. 'Kerajaan' menurut pemimpin DAP itu akan lebih peka jika membabitkan pemimpin pembangkang. Aziz memberi komen berhubungan dengan siasatan polis terhadap tiga (3) mantan menteri persekutuan yang membocorkan rahsia berkaitan 1MDB yang diputuskan oleh Kabinet.

Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bahawa walaupun tiga pemimpin itu pada sekarang ini merupakan pemimpin pembangkang, akan tetapi, mereka tiada hak untuk memndedahkan sesuatu yang mereka ketahui dan diputuskan bersama dengan menteri lain semasa mereka masih sebahagaian daripada kerajaan. Ertinya, mereka itu tidak amanah dan tidak berintegriti. 

Kekalahan Hillary Clinton kepada Donald Trump kerana atas sebab integriti apabia Hillary memanipulasi email berkaitan dengan serangan ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Libya yang menyebabkan kematian duta besar negara itu.

Masalah orang-orang politik di Malaysia adalah kerana tiadanya sifat integriti dan amanah kerana boleh saja mereka itu sebahagian daripada musuh apabila kepentingan peribadi mereka hilang. Seharusnya, pemimpin yang tidak ada integriti perlu dibuang terus oleh rakyat kerana tiada seekor anjing tidak makan tahi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook