Latest News

Wednesday 2 November 2016

'EXODUS' Filipina Ke Sabah Atas Galakan Politik? Tidak Ada Kebenarannya...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PBS PBRS UPKO UMNO...RCI... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TIDAK ada kebenaran berkenaan laporan media itu kerana ianya berasaskan pengamatan di Pelabuhan dan bukannya berasaskan kepada data sebenar. Tiada kebenaran berkaitan membanjirnya rakyat Filipina ke Sabah kerana dapat dibuktikan melalui operasi bersepadu pihak berkuasa negeri, yang mana setiap operasi paling ramai dapat menjaring atau menangkap antara 10-20 orang PATI. Itupun PATI yang dicari-cari kerana berjaya meloloskan diri sejak sekian lama dengan bersembunyi di kampung-kampung atau kawasan-kawasan tertentu, yang tidak diperkirakan sebagai kandang pendatang asing tanpa izin (PATI).

Keadaan sekarang tidak lagi sama seperti dahulu. Sejak adanya Laporan RCI (PATI) Sabah dan adanya tindakan kerajaan negeri yang drastik, setiap rakyat negeri ini “alert” berkaitan dengan PATI atau orang-orang yang tidak dikenali di kawasan masing-masing.

PATI tidak lagi merasa selamat di negeri ini walaupun masih terdapatnya rakyat negeri ini menjadi pelindung, khususnya mereka yang mempunyai ladang atau syarikat kontrak.

Masalah utama penguatkuasa mensifarkan PATI di Sabah adalah terdapatnya rakyat negeri menjadi pelindung dan juga pemberi pekerjaan. 

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa Persekutuan telah membelanjakan ratusan juta ringgit hanya untuk tujuan membersihkan negeri ini daripada PATI. Akan tetapi, akibat tindakan para petualang, maka masih juga terdapatnya PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook