Latest News

Wednesday 2 November 2016

Hak Sabah Dalam MA63, Apakah SABAH Ikut Jejak SARAWAK?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) CM Musa Aman Dan Umno Sabah APA bikin... Oleh FB Milin Biok JR (screenshot)
(ii) Musa, stop becoming a lickspittle/sycophant of Najeeb and speak up against Putrajaya for colonizing Sabah illegally... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)
(iii) Musa aman... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iv) Apa tindakan anda akan ambil untuk menuntut semula Hak Sabah Musa Aman... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Orang Tempatan Sabah (screenshot)
(v) APA REAKSI MUSA AMAN... Oleh FB Edward Stephen (screenshot)
(vi) CM Musa UMNO BN Sabah apa bikin... Oleh FB Milin Biok jr (screenshot)
(vii) Up to Sabah Govt to support: Adenan... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

MENGAPA perlu terikut-ikut dengan Sarawak? Mengikuti jejak Sarawak, seolah-olah Sabah tidak ada pemimpin, tidak dapat berdiri sendiri dan tidak dapat memutuskan apa yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sabah.

Sejak rakyat Sabah menjemput parti UMNO tahun 1990 untuk bertapak ke Sabah, maka pada masa itulah sebahagian rakyat Sabah telah membuat keputusan bahawa sandaran rakyat Sabah adalah melalui parti tunjang kerajaan Persekutuan tersebut. Atau dengan kata lain, kemajuan Sabah dan rakyatnya bergantung kepada kekuatan parti itu dan selama mana parti itu berkuasa di negara ini. Rakyat Sabah sudah mengalami kejatuhan apabila diperintah oleh parti tempatan sejak merdeka, bukan sahaja negeri Sabah mundur, malah menjadi termiskin dalam negara.

Berbeza dengan Sarawak, negeri itu terus diperintah oleh parti tempatan sejak merdeka dan parti tempatan itu dapat memajukan negeri itu. Namun, mungkin kemajuan negeri itu tidak seimbang dengan kemajuan yang dialami Semenanjung adalah kemungkinan menjadi asas kepada Tan Sri Adenan Satem mempergunakan apa yang tertulis dalam MA63. Dan mungkin juga, Ketua Menteri Sarawak itu melihat kemajuan Sabah selepas parti UMNO menjadi tunjang kerajaan negeri, maka seolah-olah beliau melihat bahawa apa yang tertulis melalui MA63 telah ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan kepada Sabah kerana parti yang memerintah Persekutuan adalah parti yang sama memerintah Sabah.

Memang apa yang tersirat daripada keinginan Tan Sri Adenan Satem mengemukakan berkenaan MA63 di sidang DUN Sarawak tidak lain adalah berkait rapat dengan kemajuan Sabah berbanding Sarawak. 

Mengapa ada pihak yang mempersoalkan mengapa Sabah tidak ikut jejak Sarawak? Sebenarnya, mereka tidak tahu di sebalik tindakan Adenan itu adalah kerana kemajuan Sabah lebih pesat selepas diterajui parti UMNO. Fakta!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook