Latest News

Monday 28 November 2016

Isu-isu Yang Memudaratkan Rakyat Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lembu baru bangun lepas tu mengaku semua dia punya... Oleh FB Ds Chazy (screenshot)

ISU-ISU berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau kad pengenalan palsu adalah bukan sebagai isu-isu parti politik sahaja, bahkan isu yang dekat dengan hati semua rakyat Sabah juga seluruh negara. Ini kerana ianya memudaratkan keselamatan negara. Memang bagi parti-parti pemerintah, isu-isu tersebut tidak diwar-warkan kerana pihak kerajaan menjalankan penguatkuasaan termasuk proses menangkap, mendakwa, memenjarakan serta menghantar pulang kepada siapa-siapa yang terbabit. Justeru itu, ramai yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum akta itu dimansuhkan. 

Semasa PBS menjadi parti pembangkang, memang isu-isu tersebut kerap diwar-warkan. Tujuaanya untuk mendapat sokongan politik. 

Sedangkan, parti kerajaan tidak bercakap dikhalayak ramai akan tetapi menjalankan penguatkuasaan senyap demi menjaga negeri daripada PATI dan kad pengenalan palsu. Namun, seperti yang didepani ESSCOM walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan, malangnya masih ada juga PATI dapat menyusup masuk malah lebih teruk lagi berlaku aktiviti penculikan.

Pihak kerajaan sejak sekian lama mengadakan berbagai operasi yang membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membasmi PATI dan kad pengenalan palsu. Namun, kerana adanya pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk pulangan wang ringgit, maka kad pengenalan palsu sehingga kini tidak dapat dibasmi demikian juga PATI. Hal ini kerana ada pihak-pihak tertentu dalam negeri tegar melindungi mereka itu demi wang ringgit. 

Pendek kata, isu PATI dan kad pengenalan palsu bukan isu parti-parti politik pembangkang sahaja. Akan tetapi juga termasuk parti yang memerintah! Hanya bezanya, parti kerajaan tidak mewar-warkan sementara parti pembangkang hanya melolong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook