Latest News

Sunday 27 November 2016

Jeffrey Hanya Berasas KHAYALAN BELIAU

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sekurang-kurangnya ini adalah berapa banyak Musa Aman... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

DR. JEFFREY memang pakar dalam khayalan, sehingga membuat sesuatu kesimpulan berasaskan khayalan bukan dunia nyata.  Dia tidak mahu menggunakan data statistik yang benar akan tetapi berasaskan andaian sama dengan menyimpan nasi dalam periuk tanpa di “on”kan sumber elekriknya, maka dia mengandaikan nasi itu akan masak.

Dalam persidangan DUN Sabah, dia cuba mengelirukan Dewan dengan berbagai andaian data sedangkan data yang beliau kemukakan tidak bersumber dari mana-mana data statistik tetapi hanya berasaskan 'cakap-cakap'.

Melalui kenyataan beliau itu, menggambarkan bahawa semua pegawai kerajaan yang mengurus kewangan negeri tidak kompeten termasuklah Menteri Kewangan Sabah kerana tidak tahu mengira kerana kononnya terlepas pandang berkenaan dengan pendapatan Sabah.

Dr. Jeffrey mengandaikan bahawa setiap produk itu tidak memerlukan kos sebaliknya hanya berasaskan harga jualan dengan mengibaratkan harga roti canai itu tiada kos tepung, tiada kos minyak, kos buruh dan sebagainya.

Adalah terlalu bahaya jika ada pemikiran pemimpin seumpama ini kerana tindakan beliau itu sama dengan mengahwini anak gadis orang for free.

ADUN Bingkor itu boleh-boleh pula mengajar Musa dan para pegawai kewangan negeri yang menyediakan Bajet Sabah 2017 untuk 'rewrite' semula bajet itu dengan menggunakan data khayalannya. Sedangkan, bajet perlu mendekati angka-angka nyata. Kalaulah bajet boleh menggunakan khayalan, ertinya bajet itu hanya angka-angka palsu dan sudah tentunya bajet itu menipu. 

Sesungguhnya, Jeffrey mahu Musa menipu rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook