Latest News

Monday 14 November 2016

Kad Pengenalan Projek Sabah: Saranan Madius & Penghujungnya

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DIA CAKAP SUKA IKUT-IKUT... Oleh FB Edward Stephen  (screenshot)
(ii) Eh si Tungau Madius Tangau ni antara orang yang tidak bersetuju... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(iii) Usul terus ďi Parlimen ba Madius, jangan cakap di media saja... Oleh FB Page Tulun Sabah  (screenshot)
(v) RCI umpan perisa 'kokoiton' semasa pru13.. sekarang ada lagi umpan perisa 'balacan' untuk pru14... (screenshot)

KAD pengenalan mana yang ditarik balik? Sedangkan, kad pengenalan yang dikatakan projek IC itu tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Isu ini sudah dijelas dan diberi jawapan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah bahawa “dokumen” yang didakwa mengandungi senarai mereka yang mendapat IC Projek ternyata apabila diperiksa dalam sistem pendaftaran, nombor-nombor berkenaan tidak wujud. Ini bererti semua IC atau kad pengenalan tersebut adalah IC palsu.

Isu 'Projek IC Sabah' adalah manifesto parti SAPP pada PRU-13 lalu dan terbukti janji itu ditolak 100% oleh rakyat Sabah sendiri. Apa yang membingungkan, mengapa Madius menjadikan isu ini dibangkitkan yang dibawa oleh SAPP tersebut?

Madius mungkin terpengaruh dengan khabar angin daripada KDM bahawa isu yang berlegar-legar pada kaum itu adalah berkaitan isu IC projek. Namun, ianya bukan perkara baru bagi UPKO kerana isu seumpama ini merupakan isu lama yang kerap dibangkitkan oleh parti tersebut.

Sebenarnya, isu Projek IC akan terus berkumandang tanpa penghujungnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook