Latest News

Tuesday 8 November 2016

Kajian Tahi Kucing Terhadap Rasual Skandal JANS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PEMBONGKARAN SKANDAL MEROMPAK WANG RAKYAT SABAH... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot)

APA yang dikaji? Susur galur kementerian yang dimuat naik semuapun boleh baca dan didapati di papan kenyataan pejabat kementerian itu. Jika ianya dimuat naik di internet kemudiannya dicari di google, maklumat tersebut tidak semestinya benar kerana kemungkinan besar telah direkayasa dan ditokok tambah. 

Berkaitan dengan jenayah rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dibongkar, ianya dilakukan oleh mereka yang telah ditangkap kerana selain menipu juga mempergunakan kedudukan untuk membolot semua peruntukan melalui syarikat-syarikat yang dikawal oleh Pengarah dan Timbalannya. Memang projek-projek BALB dilaksanakan tetapi tidak sesuai dengan spesifikasi kerana laporan-laporan mengenainya semuanya dimanipulasi untuk mengaut sebanyak mungkin bahagian daripada peruntukan itu. 

Pegawai yang memberi pengesahan dan memperakui bahawa projek telah siap sepenuhnya adalah Pengarah dan Timbalannya. Oleh kerana semua syarikat adalah di bawah kawalan mereka berdua, maka semua pihak tertipu termasuk kerajaan negeri dan rakyat sebagai benefisiari. 

Pihak SPRM kini sudah mengetahui modus operandi dua pegawai kanan agensi kerajaan itu dan ianya tidak perlu ada kajian tahi kucing seperti ini. Melucukan! 

Projek BALB di bawah KKLW tidak perlu kajianpun kerana semua dokumen bersifat 'straight forward'. kemusykilan kepada dana KKLW itu, dana sudah habis dibelanjakan tetapi kemudahan itu tidak dinikmati oleh rakyat sasar. Kalau betul, si pencacai yang mengaku straight 'A' STPM itu, maka buat kajianlah mengapa air tidak mengalir pada projek-projek yang siap dibina oleh KKLW melalui kontraktor yang dilantik dalam tempoh masa 2010 hingga 2015. Dangkal!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook