Latest News

Friday 25 November 2016

Kenyataan Musa Di DUN Mengenai Peruntukan KKLW Bagi Projek BALB Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Merapu betul musa ni.. Oleh FB Ds Chazy (screenshot)
(ii) Yg salah tetap salah.yg bertgjwb wajib bertgjwb... Oleh FB Alben Yon (screenshot)
(iii) Demand for White Paper on Jabatan Air Sabah and a State Assembly Oversight Committee report on Sabah Water-Gate Scandal!... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(v) Our Press Conference at Parliament this morning just after the assault of YB Khalid Samad by thugs... Oleh FB Darell Leiking  (screenshot)
(vi) MUSA AMAN BOHONG... Oleh FB Junz Wong (screenshot) (screenshot)

TIDAK per1u mengulangi kenyataan Datuk Seri Musa Aman pada persidangan DUN Sabah pada 22 November berkenaan dengan dana KKLW tahun 2010 hingga tahun 2015 iaitu sebesar RM3.3 bilion di luar Dewan Undangan Negeri kerana pada 5 Oktober 2016, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan dalam satu kenyataan memberitahu bahawa dana KKLW untuk prasarana luar bandar khususnya berkaitan bekalan air bersih luar bandar, tidak pernah melalui Kerajaan Negeri Sabah. Oleh kerana ianya diurus sendiri o1eh KKLW daripada pelantikan kontraktor pelaksana sehinggalah kepada pembayaran, Jabatan Air Negeri Sabah dilantik secara sepihak oleh KKLW sebagai agensi pelaksana, di mana jabatan itu tiada obligasi memberitahu kerajaan negeri sesuai dengan terma pelantikan o1eh KKLW.

Kerajaan negeri tidak ada kuasa pemantauan terhadap projek-projek yang dilaksanakan KKLW. Ertinya, kerajaan negeri tiada kuasa mendapat laporan, apakah pelaksanaan projek-projek kendalian KKLW mencapai sasaran atau tidak.

Sekadar tahu atau diberitahu di atas kertas adalah tidak sama dengan pemantauan lapangan kerana apa yang diberitahu o1eh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah semuanya baik-baik belaka disebabkan kontraktor pelaksana adalah syarikat di bawah kawalan mereka. Oleh kerana kerajaan negeri tiada kuasa pemantauan, maka selama 5 tahun walaupun dana sebanyak RM3.3 bilion te1ah habis digunakan tetapi tidak berbekas di lapangan semaksimumnya.

Datuk Seri Shafie Apdal jangan berdolak dalik berkaitan dengan dana KKLW semasa beliau menjadi menteri tersebut kerana hanya dana daripada KKLW sahaja yang bermasalah dan kementerian persekutuan lain yang seluruhnya memberitahu kerajaan negeri mengenai sebarang projek yang dilaksanakan di Sabah. Shafie memang mempunyai niat tidak mahu melibatkan kerajaan negeri bagi dana KKLW. Atas sebab itu, Shafie menubuhkan pejabat-pejabat KKLW di Sabah seolah-olah sebagai kerajaan dalam kerajaan.

Dana KKLW untuk BALB terbongkar apabila melalui turun padang Datuk Seri Musa Aman diketahui bahawa semua kawasan kononnya mendapat projek BALB ternyata di lapangan adalah auta iaitu tiadanya projek itu. Sedangkan, menurut makluman menteri yang baru sejumlah RM3.3 bilion telah habis dibelanjakan. Atas sebab itu, kerajaan negeri perlu bertindak proaktif untuk mengetahui ke mana dana itu dan agensi yang perlu bertindak adalah SPRM. Dalam masa setahun, barulah diketahui melalui tindakan SPRM melalui OPS Water pada 4 Oktober 2016. 

Rupa-rupanya, dana KKLW itu telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Shafie walaubagaimanapun akan aman damai untuk sementara sebelum SPRM bertindak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook