Latest News

Monday 14 November 2016

Kes Penculikan & Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) The Sabah issue is a long outstanding issue and should be solved 10 years ago! How much more time do you need... Oleh FB Jo Nandu  (screenshot)

SELAGI Filipina tidak memansuhkan seksyen dalam perlembangaan negara itu berkaitan hak ke atas Sabah, selagi itulah isu tuntutan negara itu ke atas Sabah tidak akan muktamad. Sebenarnya, Sabah tidak terganggupun dengan tuntutan itu selagi Sabah berada kekal dalam Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tidak ada yang boleh dilakukan Malaysia berkaitan dengan Perlembagaan Filipina kerana sudah tentu hanya negara itu sahaja yang boleh mengubahnya.

Sepuluh juta manusia seperti pemilik facebook itupun tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tuntutan Filipina ke atas Sabah akan kekal dalam masa yang panjang. Negara itu akan menunggu jika Sabah suatu hari nanti keluar Malaysia, maka negara itu menguna pakai apa yang terkandung dalam perlembagaan negara itu. Atas sebab itu, Perdana Menteri mengatakan bahawa isu ini akan memakan masa yang lama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook