Latest News

Sunday 6 November 2016

Nur Misuari Bagaikan "Bangkai Bernyawa"

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Video rakaman pengakuan Nur Misuari... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad  (screenshot)
(ii) Musa aman... terasa... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iii) Musa Aman Tunggu Kerajaan Pilipin dan Nur Misuari bawa kes pergi mahkamah laaah... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)
(iv) Nah Mohon Musa suruh dia keluarkan bukti2 dia... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(v) Nanti musang bayar lagi misuari... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(vi) Anda masih percaya lakonan BN umno pbs pbrs upko... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(vii) Apabila undang-undang dikuasai oleh ahli-ahli politik korup, semua yang tinggal adalah tamak... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Orang Tempatan Sabah (screenshot)

KENYATAAN pemimpin Moro (MNLF) Filipina, Nur Misuari, kononnya penculikan di Pulau Sipadan didalangi oleh pihak tertentu di Malaysia sebenarnya hanya satu kenyataan gimik untuk menutupi kegiatan penculikan yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf yang ada hubungan dengan pemimpin pemberontak Filipina itu. Ini kerana adalah atas tujuan untuk mendapatkan dana membeli senjata bagi membiayai penentangan mereka terhadap kerajaan Filipina.

Siapa tidak kenal dengan Nur Misuari!

Oleh kerana kerjasama antara Malaysia dan Filipina semakin kuat dalam membanteras aktiviti penculikan termasuk ikrar Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk menghapuskan kumpulan Abu Sayyaf, maka Nur Misuari terpaksa membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Ekoran kenyataan Misuari itu, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah, mencabar pemimpin pemberontak Filipina itu untuk memberitahu siapa-siapa di pihak-pihak tertentu di Malaysia itu yang terlibat dengan penculikan agar pihak Malaysia dapat menjalankan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu. 

Adalah mudah untuk membuat dakwaan apatah lagi kedudukan Misuari kini yang sangat terdesak ekoran keadaan beliau bagaikan bangkai bernyawa selepas Duterte menjadi Presiden.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook