Latest News

Friday 18 November 2016

Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa ialah bapa projek i. C sabah dan Ketua perompak kayu balak sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

PIHAK berkuasa perlu bertindak mencari siapa admin page ini kerana menyalahgunakan media sosial bagi menabur fitnah semata-mata. Pihak SKMM perlu mencari tahu siapa admin page ini kerana tindakannya tidak ada unsur membawa kebaikan kepada pembaca, malah hanya tegar menafikan pembaca atau pengguna media sosial berkenaan dengan cerita-cerita benar.

Page ini menyalahgunakan kebebasan berhujah dan bercakap dalam negara ini dengan mengambil pendekatan menabur fitnah dan pembohongan. Seharusnya, pengguna media sosial ini tidak boleh wujud. Namun, atas sebab sifat facebook yang bebas, maka page seumpama ini dapat didaftarkan juga.

Adalah tugas SKMM untuk menyiasat page ini dan bertindak agar admin page ini bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

Memberi penjelasan kepada page ini langsung tidak berguna. Sebabnya, matalamat page memang untuk menabur fitnah, kerana sejak kewujudannya lagi, tiadapun satu perkara yang telah dibongkar. Akan tetapi, semua muat naik adalah hanya memutar belit maklumat daripada berbagai sumber seperti mana dakwaan terhadap tajuk surat khabar tersebut. Usah layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook