Latest News

Wednesday 2 November 2016

Paip Gas Ke Sarawak

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa ketawa² rakyat Sabah kana ulun²... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

PERTIMBANGAN utama, mengapa hasil gas yang didaratkan di Kimanis, Sabah disalurkan melalui paip ke Sarawak? Sebab utama adalah pertimbangan pelabuhan yang dilengkapi dengan fasiliti gas cecair.  

Pelabuhan Bintulu, Sarawak telah dilengkapi fasiliti seumpama itu sejak tahun 1982. Membina kemudahan seumpama itu di kawasan lain, sebagai misalannya di Sabah, bukan sahaja memerlukan kos yang banyak, malahan juga merupakan duplikasi kepada pelabuhan Bintulu.

Pembinaan SOGT sebenarnya merupakan bahagian projek SSIOGP (Sabah-Sarawak Integrated Oil and Gas Project) dilaksanakan Petronas Carigali yang beribu pejabat di Sabah.

Setiap projek mega seumpama itu, pertimbangan utama dari segi kos melepas, bukan berasaskan di mana projek seumpama itu dibina.  

Pelaksana projek tentu memikirkan dari segi kos, fasiliti pelabuhan dan pelabuhan itu sendiri. Di Sabah, tiada pelabuhan yang memenuhi persyaratan seperti yang terdapat di Bintulu, Sarawak kerana kawasan Sabah yang memenuhi persyaratan itu hanya di Kota Kinabalu atau Sepanggar memandangkan Kota Kinabalu adalah kawasan bandar, manakala Sepanggar merupakan kawasan Tentara Laut.

Membina kawasan khusus untuk gas merupakan kawasan yang jauh daripada kawasan penduduk kerana pertimbangan keselamatan. 

Kepada pengguna facebook itu, janganlah berlagak pandai kerana anda sebenarnya tidak tahu-menahu berkaitan dengan fasiliti yang berkaitan dengan gas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook