Latest News

Sunday, 6 November 2016

Pandikar & Isu 1MDB

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pandikar, is the 1MDB scandal which saw $billions being embezzled by Najeeb... Oleh FB Page The Voice Of Borneo (screenshot)

APA yang dijelaskan oleh Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkaitan dengan kenyataan tiga mantan Kabinet Persekutuan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengenai isu 1MDB yang dibincangkan dalam kabinet telah melanggar sumpah sebagai anggota kabinet kerana perkara-perkara yang diputuskan kabinet jika belum diumumkan kepada pengetahuan umum tertakluk kepada keputusan bersama anggota kabinet. Ini bererti, setiap seorang anggota kabinet mempunyai tanggungjawab yang sama antara semua anggota kabinet.

Adalah benar apa yang dinyatakan oleh Pandikar, jika seorang anggota kabinet tidak bersetuju dengan sebarang isu yang dibincangkan semasa mesyuarat kabinet, maka anggota kabinet itu bebas bertanya atau meminta penjelasan dan jika pertanyaan telah dijawab dan atau penjelasan telah dijelaskan dan masih juga tidak bersetuju, maka tindakan anggota kabinet itu perlulah meletakkan jawatan. Namun, apa yang berlaku adalah tiadapun daripada tiga mantan kabinet itu meletakkan jawatan. Sebaliknya, mereka menunggu untuk dipecat atau digugurkan. Ertinya, apa yang dinyatakan mereka apabila di luar kabinet selain melanggar sumpah jawatan juga menggambarkan mereka itu tiada dignity atau integriti.

Adalah sungguh bahaya tindakan mantan anggota kabinet itu kerana dalam mesyuarat kabinet turut juga dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan keselamatan negara, kekuatan pertahanan negara, kelemahan pertahanan negara serta berbagai isu yang berkait rapat dengan penguatkuasaan berbagai agensi kerajaan. Jika mantan anggota kabinet kemudiannya menjadi pembangkang, sebenarnya, tiada kedudukan untuk membangkitkan atau mendedahkan apa-apa keputusan di mana mereka ikut bersetuju atau terlibat semasa menjadi anggota kabinet. Fikir-fikirkan!

Tindakan Muhyiddin, Shafie dan Husni, walaupun bersifat politik akan tetapi, ianya tidak sepatutnya dilakukan jika mereka itu merupakan pemimpin yang menitikberatkan kepentingan negara dan rakyat. Oleh kerana sifat mereka itu lebih kepada kepentingan peribadi, maka mereka sanggup melanggar sumpah yang telah dilafazkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook