Latest News

Saturday 12 November 2016

PEJABAT KONSULAT/KEDUTAAN FILIPINA DI SABAH Cerita Panas!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sebentar Tadi Berita TVTigaSuku Memaparkan... oleh FB Milib Biok Jr (screenshot) (screenshot)

CERITA berkenaan penubuhan Pejabat Konsulat Filipina di Sabah, sebenarnya bermula sejak tahun 80-an semasa Presiden Ferdinand Marcos melawat Labuan. Namun, selepas lebih 30 tahun dengan penggantian 5 presiden negara itu, penubuhan konsulat jeneral tidak pernah direalisasikan. Tujuan penubuhan Pejabat Konsulat atau Kedutaan Jeneral di Sabah adalah bagi memudahkan proses dokumentasi rakyat negara itu khususnya rakyat negara itu yang masuk ke Sabah secara haram.

Sabah berdepan masalah rakyat negara itu yang tidak berdokumen sehingga menjadi PATI dan apabila tertangkap, maka terpaksa dihantar ke tempat penampungan sementara dan ianya membebankan Sabah kerana perlu menanggung kos makan dan minum.

Sebenarnya, Sabah mahu Filipina mencontohi Indonesia yang menubuhkan konsulatnya di Sabah bagi memudahkan rakyat negara berkenaan berurusan dan juga memudahkan kerajaan Malaysia berurusan apabila berkaitan dengan rakyat negara itu yang memasuki Sabah secara haram dan kemudiannya disebut sebagai PATI. PATI yang tidak berdokumen membebankan kerajaan kerana kerajaan terpaksa memberi tempat sementara dan kos makan minum apabila ditempatkan di tempat penampungan sementara. 

Bagi maksud mendapatkan dokumen yang diperlukan di Manila, namun, jika sekiranya Filipina ada kedutaan di Kota Kinabalu, maka dengan pantasnya PATI dapat dirujuk kepada negara mereka dan proses penghantaran balik dapat dijalankan dalam masa yang sesingkat-singkatnya.

Apakah jadahnya komen pemilik facebook itu, kononnya, untuk menubuhkan Pejabat Konsulat di Sabah perlu ada syarat-syaratnya? Penubuhan itu sudah baik kerana memudahkan kerajaan bertindak dengan merujuk PATI ke pihak berkuasa mereka melalui konsulat seperti mana berlaku kepada rakyat Indonesia. Selain itu, dapat menunjukkan pengiktirafan yang lebih official terhadap negeri Sabah adalah hak mutlak Malaysia.

Berkaitan dengan daftar pelarian, mereka itu sebenarnya mendapat perlindungan daripada PBB melalui UNHCR. Sabah atau Malaysia tertakluk kepada peraturan PBB kerana Malaysia merupakan salah satu anggotanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook