Latest News

Wednesday 23 November 2016

PEMBANGUNAN BERTERUSAN: LTR & MRT Tidak Terkecuali

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak perlu ada MRT kerana Sabah sudah serba maju bilang Musa Aman... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SIFAT pembangunan tidak pernah berhenti. Pembangunan tiada noktah dan jika suatu hari nanti keper1uan LRT atau MRT per1u dibina, maka akan dibina. Di Lembah K1ang, Kuala Lumpur, LRT dan MRT hanya bermula tahun 2000 apabila keperluan mengenainya difikirkan perlu, maka dibina1ah LRT dan MRT. Demikian juga pembinaan rangkaian kereta api yang menghubungkan Pantai Barat dan Timur baru akan dibina kerana sudah ada keperluan mengenainya. Ini bererti ada aktiviti ekonomi atau pengguna yang menggunakannya. 

Infrastruktur seperti LRT atau MRT akan berdaya guna jika ada pengguna dan sekurang-kurangnya dapat menutup kos operasi kalaupun tidak mendatangkan keuntungan. Sebagai contoh, operasi Keretapi Negeri Sabah, 90 peratus masih ditanggung kerajaan. Ertinya, kos yang dibelanjakan hanya untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan itu, manakala rakyat lain yang tidak menggunakannya terlepas kos melepas.

Kepada Tulun Sabah, berfikirlah secara logik dan perlu memikirkan keperluan rakyat Sabah secara menyeluruh dan bukannya berfikir hanya peruk nasi anda seorang sahaja.

Untuk pada masa sekarang, prioriti kerajaan Sabah adalah bagaimana menghubungkan semua pe1osok negeri dan kemudiannya akan terbina kawasan-kawasan tumpuan yang berupa commercia1 business district (CBD) dan jika itu terwujud, maka kemudahan alat perhubungan seperti LRT atau MRT akan sendirinya diperlukan. Kerana pada masa itu, jumlah pe1anggan adalah mencukupi untuk perkhidmatan seumpama itu. 

Sarawak boleh berbuat demikian kerana taburan penduduknya memanjang di sebelah Barat negeri itu yang mana di Utara adanya Sabah dan di Tenggara adanya (Kalimantan) Indonesia, Barat Daya pula adanya negara Brunei. Berlainan dengan Sabah yang mana taburan penduduknya tidak merata, iaitu bertaburan. Atas sebab itulah diperlukan CBD. 

Kepada Tulun Sabah, anda fahamkah? Sungguh menyedihkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook