Latest News

Monday 14 November 2016

PEMISAHAN DENGAN PERSEKUTUAN: Kenyataan Politik Atau Butiran Sebenar MA63?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lol Sabahan mau ka 'berunding' sama penyangak... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(ii) PM Najib Tolak Pemisahan, Setuju Berbincang Intipati Perjanjian Malaysia... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(iii) NAJIB KATA "BOLEH RUNDING PASAL ,,, Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iv) PM Najib Tolak Pemisahan, Setuju Berbincang Intipati Perjanjian Malaysia... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(v) Akhirnya Perdana Menteri Malaysia Najib Razak membuka peluang perundingan dgn Sabah-Sarawak... Oleh FB Lumbis (screenshot)
(iiv) Zainnal Ajamain patut kasih perluang jadi... Oleh FB Page Penindasan Terhadap ORG tempatan Sabah  (screenshot)

SUARA-SUARA sumbang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 [MA63] dan soal pemisahan adalah soal yang berbeza. Dalam kamus Persekutuan, tiada istilah pemisahan kerana ianya telah tertulis dalam Perkara 20 semasa Sabah membentuk Persekutuan Malaysia pada tanggal keramat 16 September 1963. Namun, berkaitan dengan isi perjanjian ianya sentiasa boleh dibincangkan mengenai butiran-butiran yang belum dipenuhi dan selain butiran-butiran yang telah terlebih dahulu dilaksanakan. 

Adalah perkara biasa apabila keperluan semasa butiran dalam perjanjian hendak ditunaikan pada masa lalu, muncul keperluan keutamaan maka apabila tindakan masa lalu diberi ulasan pada hari ini sudah tentulah penerimaannya berbeza. Inilah yang berlaku terhadap MA63 kerana terdapatnya pihak-pihak tertentu mempersoalkan tindakan masa lalu dengan membawanya ke hari ini.

Sebenarnya, pihak-pihak tertentu yang kerap bercakap berkenaan dengan MA63 adalah mereka yang tidak update mengenai pelaksanaan MA63. Sebabnya, mereka itu bukanpun sebahagian daripada pembuat dasar akan tetapi mereka yang hanya ikut-ikutan bercakap berkaitan MA63. Kalau dikaji dengan teliti mereka yang bercakap berkaitan dengan MA63 adalah pihak pembangkang yang tidakpun pernah menjadi pembuat dasar negara.

Sebagai contoh, ucapan Ketua Pemuda parti UPKO dengan kononnya lebih 50 butiran dalam MA63 tidak dilaksanakan. Kenyataan itu dengan jelasnya merupakan dakwaan peribadi kerana tidak merujuk kepada sebarang data.

Mereka yang bercakap soal-soal MA63 hanya bersifat kenyataan politik, bukanpun bercakap berkenaan butiran dalam perjanjian tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook