Latest News

Wednesday 23 November 2016

PENDIRIAN MUSA TERHADAP STATUS SABAH & KAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA 1963

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pairin, nombo noh RCI, oil royalty nu... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(ii) Sebelum bosou, noonsom, siopon, tumpung kluar dari mulut ko Pairin... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(iii) Lakonan BN UMNO PBS PBRS UPKO sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)
(iv) Zainnal Ajamain, saya fikir Musa Aman perlu menghadiri kelas anda dengan segera... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)
(v) Perkara yang sudah dibangkitkan oleh MP Penampang di parliament awal tahun 2016... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(vi) Musa is well known for his "bullying" style in State Parliament... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(vii) Dulu siapa cakap pasal MA63 kena cakap BERPALING TADAH... Oleh FB Ds Chazy (screenshot)

DATUK Seri Musa Aman membuat pendirian, apa sahaja permintaan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Jika ianya baik untuk Sabah dan rakyatnya, maka beliau menyokongnya. Berkaitan dengan perubahan pengertian bagi Sabah dan Sarawak seperti mana termaktub dalam Artikel 1 (2) Perlembagaan Negara, jika ianya baik menguntungkan Sabah dan rakyatnya, beliau menyokong. 

Namun, jika permintaan itu hanya cerita dongeng dan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada rakyat Sabah seperti mengubah panggilan Sabah dan Sarawak seperti mana semasa perjanjian itu dibuat, sedangkan kembali kepada keadaan itu seperti mengubah sudut di depan pinggan daripada kanan ke kiri kerana yang mahu makan adalah bertangan kidal, maka ianya serve no purpose. 

Perubahan kedudukan pada tahun 1976 dengan menggunakan nombor 1-14, sebenarnya bagi tujuan pembuatan kad pengenalan bermutu tinggi menggunakan komputer yang menggantikan huruf berikutan komputer hanya dapat mengenal angka. Sebab itu, apabila seseorang itu merupakan rakyat Johor, maka ada nombor xxxxxx-01-xxxx, Se1angor, xxxxxx-10-xxxx, Sarawak, xxxxxx-13-xxxx, Sabah, xxxxxx-12-xxxx atau xxxxx-49-xxxx. Sedangkan, perubahan panggilan itu tidakpun mengurangkan kuasa kerajaan Sabah dan Sarawak. Semua kuasa kerajaan Sabah dan Sarawak masih kekal tidak terusik seperti mana dalam 20 Perkara dan 18 Perkara.

Tujuan mereka yang mengungkit berkenaan MA63 hanya bersifat gimik politik. Atas sebab itu, apabila Tan Sri Adenan Satem mendapat penjelasan yang penuh berkenaan kuasa-kuasa Sarawak, maka beliau back-off daripada tindakan kerajaan Sarawak. Namun, sungguh malang ada pemimpin Sabah yang terperangkap khususnya parti PBS dan ADUN Usukan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook