Latest News

Saturday 5 November 2016

PWS Tiru Perjuangan PBS

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) I just sat with a kota murudu guy in penang and had a chat with him...  Oleh FB samy mohamad arifin khan (screenshot)
(ii) In Maximus's dreamstate... Oleh FB Darell Leiking  (screenshot)
(iii) Lawak bersama menteri PBS kihkihkih... Oleh FB Milin Biok Jr. (screenshot)
(iv) Selamat pagi; hari ini retorik pbs muncul sekali lagi... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

PARTI Bersatu Sabah (PBS) apabila ditubuhkan pada tahun 1985, perjuangan utamanya adalah Sabah for Sabahan.  Atas sebab itu, selepas menang pada pilihan raya, meskipun kemudian menyertai Barisan Nasional (BN), akan tetapi tindakan parti itu bagaikan duri dalam daging dalam parti Barisan Nasional kerana pendekatannya hanya Sabah for Sabahan.

Apabila Parti Warisan Sabah (Warisan) parti Datuk Seri Shafie Apdal yang baru ditubuhkan membawa misi yang sama, maka Datuk Seri Maximus Ongkili yang menjalankan tugas-tugas Presiden PBS mengingatkan semula rakyat bahawa pendekatan parti itu adalah serupa dengan pendekatan PBS pada 30 tahun lalu. Pendekatan itu selepas diguna pakai selama 15 tahun, terbukti bahawa pendekatan itu lebih banyak keburukannya daripada kebaikan untuk rakyat Sabah. Atas sebab itu, pada tahun 2002, pendekatan itu diketepikan dan seterusnya menerima perkongsian kuasa seperti mana konsep parti Barisan Nasional.

Maximus mengingatkan rakyat Sabah bahawa konsep Sabah for Sabahan sebenarnya pendekatan ke belakang dan pendekatan itu hanya memupuk kebencian antara rakyat dalam negara ini.

Pendekatan Sabah for Sabahan, sebenarnya sangat bahaya bagi negara yang diduduki rakyat berbilang kaum dan agama dan boleh menghancurkan negara.

Kepada rakyat yang mempunyai ura-ura menyokong parti itu, kena beringatlah daripada awal lagi supaya jangan terperangkap kerana konsep itu memudaratkan negara. Percayalah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook