Latest News

Tuesday 8 November 2016

Sabah Berdepan Dengan Ancaman???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MASIDI KATA SABAH BERDEPAN ANCAMAN JIKA KELUAR MALAYSIA... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

JIKA Sabah keluar Malaysia, di Pantai Timur akan dikuasai oleh Filipina manakala di sebelah Tenggara oleh Indonesia. Mungkin penduduk Sabah hanya tertumpu di bahagian Barat dan ini bererti Sabah akan terbahagi kepada tiga bahagian. Jika berlaku demikian, maka Sabah akan ikut jejak negara-negara yang bergolak yakni terjadi perang saudara yang memanjang.

Semasa Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, keadaan di ataslah yang mahu dielakkan oleh para pemimpin terdahulu.

Mengapa ada rakyat Sabah mahu kembali kepada keadaan tahun 60-an? Tindakan mereka itu, sebenarnya tindakan undur ke belakang. Atas sebab itu, Datuk Masidi Manjun berkata, Sabah berdepan dengan ancaman jika keluar daripada Malaysia.

GST, bukan ancaman akan tetapi untuk menjaring syarikat-syarikat atau peniaga yang selama ini membuat keuntungan daripada perniagaan yang tidak membayar cukai. GST hanya untuk barangan yang diproses dan bukannya barangan keperluan harian. Tanya diri sendiri, makanan harian anda yang mana satukah produk atau barangan dikenakan GST? Beras? Tidak! Gas masak? Juga tidak. Minyak makan, minyak petrol, daging ikan, timun, bawang, tepung atau gula? Semuanya tidak bukan? 

Jadi mana barangan yang dikenakan GST? 

Kalau bercakap mengenai barangan yang dikilang, maka wajar dikenakan GST kerana melibatkan banyak proses. Tuntasnya, anda kena jujur pada diri sendiri jika bercakap berkenaan GST. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook