Latest News

Wednesday 30 November 2016

SUDAH SATU SATU LAGI: Peruntukan Persekutuan Kepada Sabah

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KENAL RAHMAN... Oeh FB Tj Ajamain (screenshot)

APA yang dikatakan Dato' Abdul Rahman Dahlan bahawa peruntukan kepada Sabah adalah 10 kali ganda berbanding bayaran royalti minyak adalah benar. Ini kerana bayaran royalti kepada Sabah hanya berlegar-legar pada angka RM1 bilion, manakala pertuntukan untuk pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembinaan infrastruktur dan bermacam-macam lagi melepasi RM10 bilion setahun. 

Hanya mereka yang tiada pengetahuan mengenai peruntukan persekutuan kepada Sabah mempertikai kenyataan Rahman tersebut. Pengguna facebook itu hanya jaguhan di depan laptop atau smartphone sahaja. Sedangkan, dia tiada apa-apa kedudukan dalam kerajaan, apatah lagi mengetahui soal-soal peruntukan persekutuan. Pengguna facebook itu hanya berupa tin kosong, nyaring sahaja bunyi tetapi kosong pengetahuan.

Adalah biasa, jika seseorang itu kosong ilmu, maka senantiasa menegakkan benang yang basah. Sedangkan, dia itu seperti seekor katak di bawah tempurung.

Pengguna facebook itu hanya menjadi jaguhan di hujung jari dan tidak ada merit untuk mempersoalkan kenyataan seseorang menteri yang dilengkapkan dengan data sebenar. Laporan akhbat itu dipetik oleh wartawan itu melalui data slide yang dipaparkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu satu masa lalu. Maklumat sahih!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook