Latest News

Tuesday 15 November 2016

Tidak Ada JAMINAN 'Tiada GST Harga Barang Tidak Naik!'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Isap gam..tiba2..masa mau2 diperkenalkan gst mana dorg2 ni.. Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

KENYATAAN Ketua Pemuda PBS itu, hanya bersifat kenyataan retorik kerana secara praktikalnya tiada jaminan bahawa apabila tidak ada GST maka barang tidak naik. Kenaikan harga barang bukan kerana GST akan tetapi peniaga sendiri.

Cuba tanya pada diri sendiri daripada sekian banyak barangan keperluan harian, mana satukah barangan yang dikenakan GST? Dari situ anda akan tahu bahawa barangan keperluan harian anda tidak dikenakan GST. Namun, harga barangan itu naik, mengapa? Sebabnya kerana peniaga mengambil peluang menaikkan harga barangan sesuka hati. 

Bagi mengatasi kenaikan harga barangan ini, bukannya melalui pemansuhan GST. Akan tetapi, kerajaan perlu memperbanyakkan kedai-kedai rakyat, menggiat aktif FAMA dan agensi kerajaan digalakkan sebagai peruncit kepada barangan keperluan harian. Selain itu, agensi kerajaan juga dipergiatkan penyertaan dalam pengeluaran untuk memastikan barangan keperluan rakyat senantiasa cukup.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook