Latest News

Sunday 4 December 2016

Agenda Parti DAP


SABTU 3 Disember 2016, satu tarikh yang perlu diingati oleh semua ahli UMNO semasa penggulungan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, Dato' Seri Najib Razak mendedahkan rancangan merampas kuasa daripada kerajaan pimpinan kaum Melayu di negara ini yang digerakkan parti DAP dengan mempergunakan kaum Melayu.

Parti DAP memang tahu betul hanya mempergunakan kaum Melayu menjatuhkan Kerajaan Melayu boleh menyebabkan parti itu menjadi penentu kuasa seperti mana berlakunya terhadap Kerajaan Melaka pada tahun 1511 apabila penjajah yang jumlahnya sedikit menjadi berkuasa. Ingat sejarah!

Tahun 1990, tahun 1998, tahun 2008 dan tahun 2013, DAP sudah cuba mempergunakan kaum Melayu bagi menjatuhkan Kerajaan Melayu. Benar juga tahun 2008, parti itu dapat menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Perak dan sekutunya di Kedah dan Kelantan dan hampir di negeri Terengganu.

Pada PRU-14, dengan kumpulan yang dianggotai Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bukan lagi mahu memempertahankan negeri-negrei yang dikuasai akan tetapi Kerajaan Malaysia.

Dengan perkiraan bahawa DAP akan menang 50 kerusi Parlimen, maka hanya memerlukan 62 kerusi yang disumbangkan oleh PPBM, PKR dan Amanah atau parti-parti pembangkang lain. Melihat kepada komposisi itu, maka DAP akan menjadi tunjang kerajaan kerana kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi terbanyak daripada kalangan parti pembangkang.

Cara pelantikan jawatan akan mengikuti cara pembentukan kerajaan di Perak tahun 2008 walaupun pemimpin daripada parti lain dilantik sebagai Perdana Menteri. Akan tetapi, dalang kerajaan adalah DAP apatah lagi pemimpin DAP yang menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Gambaran di ataslah yang cuba dibayangkan oleh Presiden UMNO kepada para perwakian UMNO yang hadir semasa PAU 2016. Dato' Seri Najib Razak tidak berselindung lagi. Beliau memberitahu perwakilan dan ahli UMNO yang berjumlah 3.7 juta agenda sebenar parti DAP.

Parti DAP dalam agenda merampas kuasa kerajaan yang ditunjangi Melayu/Bumiputera mempergunakan kaum Melayu dan mempergunakan pemimpin Melayu untuk mencapai agenda itu.

PRU-14, bukan sahaja menentukan parti mana yang bakal membentuk kerajaan, akan tetapi penentuan apakah kaum Melayu/Bumiputera masih lagi sebagai tunjang kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook