Latest News

Wednesday 28 December 2016

Antara BANDAR RAYA & PEKAN

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Maju Expressway:panjang 26km (KL-KLIA) - Swasta dan bertol Pan Borneo Highway Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

KEMUDAHAN perhubungan, sejak zaman dahulu kala antara bandar raya dan pekan atau kampung semestinya berbeza. Di kawasan bandar raya, pergerakan manusia cukup pantas kerana berbagai aktiviti manakala di pekan-pekan perlahan apatah lagi di kampung. Mengapa pergerakan pantas berlaku di kawasan bandar raya? Sebabnya, sudah tentu banyaknya aktivti yang saling memerlukan antara satu sama lain. Manakala di pekan atau perkampungan, aktiviti yang saling memerlukan antara satu sama lain tidaklah memerlukan pergerakan yang sangat pantas.

Keperluan perhubungan pantas, sebenarnya berasaskan permintaan. Apabila permintaan atau pengguna semakin ramai memerlukan infrastruktur seumpama itu, maka pihak kerajaan atau swasta akan membina kemudahan seumpama itu. Atas sebab itulah di kawasan bandar raya di seluruh dunia, struktur perhubungan memang dibina lebih awal untuk memenuhi keperluan pengguna.

Kembali pada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, mengapa hanya terealisasikan selepas tahun 2012 walaupun cadangan itu memang telah ditimbulkan sejak tahun 1963? sebabnya, keperluan mengenainya hanya dapat dimuktamadkan apabila permintaan mengenainya memenuhi kriteria iaitu, sudah ada aktiviti ekonomi atau pengguna yang memerlukan pergerakan pantas secara optimum antara satu kawasan/daerah dengan kawasan lain kkususnya keperluan aktiviti ekonomi. Lebuh raya, bukan bermaksud untuk bersuka ria atau jalan-jalan cari makan tetapi satu keperluan menunjang kegiatan perekonomian daripada satu daerah ke daerah lain. 

Lebuh raya, bukan hanya keperluan kegunaan kereta-kereta merempuh jalan-jalan itu dengan kelajuan tinggi, bukan itu maksudnya. Akan tetapi lebuh raya diperlukan bagi maksud perhubungan pantas antara satu kawasan dengan kawasan lain bagi menumpang aktivti ekonomi. Jika Lebuhraya Pan Borneo dibina lebih awal, maka lebuh raya itu akan hanya jadi gajah putih kerana tiada keperluan pembinaannya sebelum ini. Membina lebuh raya memerlukan kos yang besar dan atas sebab itu, wang kerajaan/rakyat perlu dioptimumkan penggunaannya. Ini bererti, wang digunakan untuk keperluan yang lebih cepat menjana atau mempercepatkan aktivti ekonomi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook