Latest News

Wednesday 14 December 2016

APA CERITA Keluarnya Rakam Sijim Parti PBS?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) A Parti Bersatu Sabah... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

APA yang perlu dipolitikkan berkaitan keluarnya Rakam Sijim Ketua Bahagian Parti PBS Sulaman dan kemudiannya menyertai Parti Warisan Sabah.

Rakam Sijim, telah mencuba mahu menjadi wakil rakyat sejak semasa parti PBS masih memerintah Sabah. Namun, tidak juga mendapat sokongan pengundi Sulaman kerana kerusi kawasan itu secara terus-menerus dimenangi Datuk Haji Hajiji Haji Mohd. Noor sejak zaman parti USNO lagi.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Sabah khususnya kawasan Tuaran, Rakam Sijim tidak ada apa-apa di kawasan itu. Kehadiran beliau dalam parti PBS hanya sebagai pelengkap kepada parti itu selain kesetiaan beliau dalam parti yang disertainya kerana menjadi calon parti itu pada tahun 90-an lagi.

Bekas ketua bahagian PBS Sulaman itu, sebenarnya tiada kekuatan politik di kawasan Sulaman kerana di kawasan itu, pemimpin yang mengagumi rakyat tempatan adalah Datuk Haji Hajiji Haji Mohd. Noor wakil rakyat parti UMNO dan keluarnya Rakam Sijim daripada parti PBS, tidak akan membawa impak-impak apa-apa terhadap kekuatan parti Barisan Nasional di kawasan itu.

Hanya mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik tempatan akan memberi komen bahawa kekuatan parti BN akan dipengaruhi atas keluarnya Rakam Sijim daripada parti PBS, salah satu komponen parti BN Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook