Latest News

Wednesday 21 December 2016

Apakah Pengeluaran Sama Dengan Pendapatan?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

KELAPA Sawit, memang benar Sabah merupakan pengeluar terbesar kelapa sawit dan sebab itu, Kerajaan Negeri Sabah mendapat cukai RM950 juta setahun. Kerajaan hanya mendapat cukai pendapatan kerana ladang-ladang adalah kepunyaan rakyat atau penguasa sendiri atau ahli perniagaan. Ini adalah fakta umum yang perlu diketahui.

Dalam sistem ekonomi negara, kerajaan hanya mendapat cukai sebagai pendapatan termasuklah cukai pendapatan perseorangan kecualilah semua pendapatan pengguna facebook itu dianggap sebagai pendapatan kerajaan. Jika itu berlaku, maka sistem sosialis atau komunis yang digunakan kerana dalam sistem komunis pendapatan setiap rakyat adalah dianggap sebagai pendapatan negara. Perlu dingat, ladang kelapa sawit perlu kos dan juga menyimpan keuntungan yang diperolehi melalui keluaran untuk meneruskan operasi. Perlu diingat, ladang kelapa sawit memerlukan pekerja untuk dibayar gaji. Juga, perlu diingat ladang kelapa sawit perlu logistik dan semua itu memerlukan kos sebagai kos melepas. Sebab itulah, pengeluaran tidak menggambarkan jumlah pendapatan kerana pendapatan hanya diperolehi melalui cukai. 

Perlu diingat bahawa pendapatan daripada cukai adalah melalui jumlah pengeluaran yang terjual, bukannya melalui penjualan bersih. Ertinya, pemilik ladang atau penguasa ladang perlu menyimpan sedikit keuntungan bagi meneruskan operasi dan bukan diberikan semuanya kepada kerajaan. Apabila mekanisme percukaian dikenakan, maka keadaan memang-menang diambil kira kerana kerajaan perlu memberi peluang kepada pemilik atau penguasa ladang untuk meneruskan operasi. Atas sebab itu, apabila mengambil kira semua keluaran kelapa sawit Sabah, maka secara kumulatifnya, kerajaan mendapat bayaran cukai berlegar-legar pada angka RM900-RM950 juta setahun. Jumlah itu bukan banyakpun kerana itu Bajet Sabah setiap tahun berlegar-legar pada angka RM3.5 bilion ekoran jumlah itulah jumlah pendapatan negeri Sabah. 

Untuk membina berbagai prasarana, maka Sabah mendapat bantuan kewangan daripada Persekutuan seperti membina Lebuhraya Pan Borneo, pembinaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan sebagainya. Perlu diingat bahawa peruntukan untuk pendidikan, kesihatan dan keselamatan bukan daripada Bajet Sabah melainkan Bajet Persekutuan. Jadi di manakah argumen keterkaitan pengeluaran kelapa sawit dengan  pembinaan prasarana? Fikir-fikirkan!

Koko, memang pengeluaran Koko Sabah tertinggi di Malaysia, namun jumlah jualannya hanya berkisar-kisar RM100 juta setahun dan berasaskan jumlah itu berapa cukai yang boleh dipungut kerajaan?

Minyak mentah Sabah hanya menyumbang 30% daripada 700 ribu setong (barel) sehari setara minyak keluaran minyak negara. Sebab itu, daripada keluaran itu Sabah mendapat RM1 bilion setahun sebagai bayaran tunai. Pengeluaran minyak bukan percuma yakni jumlah pengeluaran maka itulah pendapatan. Jumlah RM1 bilion itu merupakan 1/3 daripada 15% keuntungan Petronas daripada pengeluaran minyak Sabah. Jumlah bayaran tunai kepada Sabah secara 'gradually' meningkat dari tahun 1976, daripada RM85 juta dan kini berlegar-legar pada angka RM1 bilion setahun.

Setelah mengumpulkan berbagai pendapatan daripada semua sektor, maka Sabah dapat mengumpulkan pendapatan berlegar-legar pada angka RM3.5 bilion setahun. Membangunkan keseluruhan Sabah memerlukan bajet setidak-tidaknya RM10 bilion setahun (untuk pembangunan sahaja) agar dalam masa 5-10 tahun dapat menyediakan infrastruktur yang canggih-canggih. Malangnya, daripada mana sumber pendapatan itu? Mungkin pengguna facebook itu boleh mencadangkan bagaimana mendapatkan pendapatan sebesar itu? Jangan merepek sahaja dengan memberi komen berkenaan pendapatan Sabah yang sudah ada. Maka, cadanglah!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook