Latest News

Saturday 3 December 2016

ASAS PERSEMPADANAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah lah kawasan kecil... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

ASAS persempadanan sesebuah kawasan pilihan raya akan berlaku apabila kawasan itu semakin sesak atau padat. Asas persempadanan bukan berasaskan politik akan tetapi perkhidmatan wakil rakyat untuk sesebuah kawasan. 

Bagi kawasan-kawasan yang berdepan dengan pertumbuhan penduduk yang semakin ramai, maka kawasan-kawasan itu dipersempadanankan semula, demikian juga tidak terkecuali kawasan daerah Penampang. 

Apakah memindahkan sesebuah kampung ke kawasan lain turut menghilangkan nama Kadazan seperti mana didakwa pengguna facebook itu? 

Apakah Kadazan itu hanya terdapat di Penampang sahaja? 

Ternyata pengguna facebook itu sangat berfikiran sempit sehingga sanggup menghina penduduk Kadazan lain yang tinggal di kawasan lain bukanlah suku kaum Kadazan. Sebaliknya, hanya yang tinggal di daerah Penampang sahaja merupakan penduduk Kadazan.

Apabila seseorang berfikiran jumud, maka sanggup bertindak seperti pengguna facebook itu. Dengan dakwaan tersebut yang menganalogkan bahawa hanya Kadazan yang tinggal di Penampang sahaja merupakan penduduk Kadazan menunjukkan bahawa pengguna facebook itu bagaikan si katak di bawah tempurung. Bagi sesiapa yang terpengaruh dengan pengguna facebook itu pasti menjadikan mereka itu menjadi jumud dan dangkal.

Dengan dakwaan daripada pengguna facebook itu, bermakna hanya Kadazan yang tinggal di Penampang sahaja boleh mengaku Kadazan sedangkan di kawasan lain tidak. 

Kepada penduduk Kadazan di kawasan lain, anda kena mengutuk pendirian pengguna facebook itu kerana merendah-rendahkan kedudukan anda. Usah layan panjang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook