Latest News

Tuesday 20 December 2016

"Bagai bajak wangkang makan diangkat", TAHU MAKSUD PERIBAHASA INI JUFAZLI?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SURAT TERBUKA KEPADA REJIM MUSA AMAN DI SABAH... Oleh FB Jufazli Shii Ahmad (screenshot) (screenshot)(screenshot)

KELAKUAN memuji diri sendiri dengan mempunyai kelulusan tinggi dan mendakwa merupakan tahanan politik, bagaikan bajak wangkang makan diangkat agar kawan-kawan facebook memuji tetapi hakikatnya pujian itu yang memakan diri sendiri. Itulah awak sebenarnya, Jufazli!

Kamu ditahan polis kerana memfitnah! Kini, selepas kamu ditahan, tidak lagi memfitnah tetapi beralih membuat dakwaan politik pula! Jika penentang atau pembangkang membuat berbagai dakwaan seperti menggunakan perkataan zalim atau sebagainya adalah biasa. Ini kerana bagi pembangkang, bau minyak wangipun dikatakan bau longkang atau warna putih bersihpun dikatakan warna hitam dan comot dan juga rasa manispun dikatakan pahit atau rasa sedappun dikatakan hambar. Pembangkang, biasalah!

Anda boleh sahaja menggunakan berbagai dakwaan politik dan boleh mengunakan berbagai perkataan keji kerana dakwaan itu sama dengan membasahkan garam seperti mencurahkan garam ke laut atau bagaikan embun di atas daun mahupun seperti seekor anjing menyalak bukit.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri mendapat berbagai gelaran seperti Mahafiraun, Mahazalim dan macam-macam, namun tiada yang memfitnah. Perbuatan kamu menggunakan laman sosial dengan berbagai fitnah membuatkan pihak berkuasa menangkap kamu untuk dipertanggungjawabkan fitnah itu. Benar juga selepas kamu ditangkap, kamu tidak memfitnah lagi tetapi beralih kepada fitnah orang lain seperti menggunakan fitnah Sarawak Reports.

Kini, terbukti kamu adalah tin kosong. Kamu Jufazli bagaikan bangkai bernyawa dan kamu sebenarnya tiada apa-apa sama seperti seekor anjing yang bermain ekornya sendiri. Berkhayallah sampai bilapun, buatlah dakwaan politik seberapa banyakpun tetapi jangan memfitnah kerana ada pihak yang mengejar kamu kerana perbuatan fitnah kamu sendiri.

Kamu bebas bertanding, kamu bebas menjelajah Sabah kalau boleh 24 jam sehari, 365 hari setahun atau setiap saat tetapi semua itu hanya dalam mimpi kerana kamu hanya boleh berbuat di laman sosial yang percuma sahaja. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook