Latest News

Wednesday 28 December 2016

BANJIR KILAT KOTA BELUD: Bukan Mencari Alasan, Tetapi Mencari Penyebab

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KAMU PERLU BALIK KOTA BELUD TENGOK SENDIRI RAKYAT KAMU... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) BANJIR KILAT DI KOTA BELUD... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) BANJIR KILAT DI KOTA BELUD... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)
(iv) Kota Belud :- Flood... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

BUKAN mencari alasan tetapi mencari penyebab kepada banjir kilat Kota Belud. Banjir akan berlaku jika sungai semakin cetek, aliran air ke laut tersekat dan sistem perparitan yang tidak baik.

Sungai cetek seperti sungai Kadamaian, sungai Tempasuk kemudian sungai Gurong Gurong mengalami pengendapan yang luar biasa sebagai impak kepada perlombongan Mamut tahun 70-an, penebangan kayu-kayan di kawasan Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Kemudiannya diperburukkan oleh kejadian gempa bumi pada Jun 2015. Banyak sungai-sungai yang hampir mati terutama sungai-sungai di muara seperti sungai Kota Peladok, Sungai Merbau dan Sungai Tamau akibat pengendapan. Sungai-sungai yang cetek tidak dapat diimbangi oleh sistem perpartian di kawasan pekan atas sebab jika berlaku hujan lebat, air lambat mengalir ke laut akibat daripada pengendapan di muara sungai.

Tiada jurutera di dunia yang mampu mencipta sistem perparitan di kawasan pekan untuk mengelak banjir dan sekitarnya kerana masalah banjir Kota Belud bukan sistem perparitan tetapi masalah pengendapan di muara-muara sungai. Namun, bagi mengurangkan masalah banjir, bukan sistem perparitan yang perlu dibina. Akan tetapi, memasang paip besar bawah tanah sehingga ke muara dan kemudiannya, di muara dipasang enjin pam air yang berkapasiti besar dan pam itu berfungsi menarik air daripada terowong paip untuk dilepaskan ke laut. Cara ini lebih murah berbanding memperdalam muara-muara sungai dengan cara mengorek. Fikir-fikirkan!

Menyalahkan pemimpin berkaitan banjir kilat adalah dakwaan terlalu bodoh kerana pemimpin atau menteri tidak mempunyai kuasa Tuhan yang boleh mencegah banjir. Seperti dikatakan pada awal tulisan ini, penyebab banjir di Kota Belud bukan disebabkan perancangan lemah tetapi manusia tidak boleh melawan kuasa alam. Manusia hanya boleh menuruti kuasa alam dengan mempercepatkan pengaliran air ke laut apabila berlaku hujan lebat dengan hanya dua cara iaitu membina terowong bawah tanah sehingga ke muara atau memperdalam semua muara sungai, yakni bukannya mempercanggihkan perpartitan di kawasan pekan dan sekitarnya. 

Jika itu yang ditempoh, sampai bila-bilapun banjir kilat Kota Belud akan terus berlaku.

Berkaitan permintaan pengguna facebook yang bukan penduduk Kota Belud supaya Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Dato' Abdul Rahman Dahlan datang ke Kota Belud untuk menziarahi para mangsa banjir, untuk pengetahuan pengguna facebook itu, pada 27 Disember lalu, ada acara Back to School di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud dan juga para pemimpin Kota Belud hadir termasuk Salleh seawal pagi. Kepada pengguna facebook itu, janganlah berlagak kerana pemimpin Kota Belud bukan bertindak berat mata memandang tetapi turut sama-sama mengalami banjir kilat itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook