Latest News

Tuesday 6 December 2016

Bayaran BR1M 2017, APA CERITA???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO MENGKELASKAN RAKYAT SEBAGAI PENGEMIS... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

BAYARAN BR1M 2017 akan kembali kepada cara asal pembayaran bantuan itu atas permintaan ramai. Selain itu, bertujuan mengetahui apakah mereka yang hipokrit berkaitan dengan bantuan itu akan turut juga berbaris untuk menerima bantuan tersebut.

Apabila bantuan itu disalurkan melalui bank, mereka yang hipokrit itu mendakwa yang mereka sebenarnya tidak mahu menerima bantuan tersebut. Akan tetapi setelah dimasukkan dalam akaun, maka diambil juga wang bantuan itu. Namun, mereka itu tidak menjelaskan bahawa hanya melalui permohonan sahaja bantuan BR1M diberikan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa pembayaran BR1M tahun 2017 akan kembali kepada cara lama walaupun ianya merumitkan oleh kerana atas permintaan dan desakan berbagai pihak khususnya para pemimpin akar umbi.

Bantuan BR1M adalah cadangan Bank Negara kepada kerajaan bagi meningkatkan daya beli golongan berpendapatan rendah. Namun, ianya juga diperluaskan kepada mereka yang berpendapatan sehingga RM4000 sebulan termasuk orang bujang.

Memang kembali kepada cara lama pemberian bantuan BR1M tahun ini adalah untuk mengetahui siapa-siapa mereka yang menerima bantuan itu kerana jika melalui bank, mereka yang berdolak-dalik berkaitan bantuan itu tidak dapat diketahui.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook