Latest News

Friday 23 December 2016

BERITA PALSU MENGUASAI ALAM MAYA


DUNIA internet memang baru di Malaysia walaupun ianya sudah bertapak sejak tahun 90-an. Oleh kerana setiap daripada rakyat Malaysia cukup mudah mendapat capaian internet, maka setiap daripada kita asalkan boleh menulis dan membaca, sekelip mata sahaja boleh menjadi wartawan, jurugambar dan sebagainya.

Oleh kerana perilaku manusia beragam termasuk adanya hasad dengki dan kebencian, maka ramai yang tergamak menafikan maklumat betul yang dikongsikan. Sebaliknya, ada yang mengambil jalan mengelirukan pengguna termasuk fitnah dan pembohongan.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang mendapat 10A dalam pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bernama S.Sumita. Oleh kerana ada pelajar yang cemburu dengan pencapaian pelajar itu, maka diviralkan bahawa S.Sumita dikatakan dibunuh dengan kejam di negara jiran, sedangkan pelajar itu sihat walafiat bersama keluarganya.

Demikian juga di Sabah, seorang pengguna facebook yang dikira terpelajar yang bernama Jufazli Shi Ahmad, pemuda yang tersangat kecewa hanya kerana kalah bertanding Parlimen Belia Malaysia telah menjadikan Ketua Menteri Sabah dan keluarganya menjadi subjek atau sasarannya.

Untuk tujuan mencapai popular, maka pemuda asal Semporna itu memuat naik gambar-gambar palsu dan cerita-cerita palsu khususnya berkaitan pembalakan atau bangunan-bangunan dan didakwa sebagai milik Datuk Seri Musa Aman dan keluarga.

Oleh kerana kebanyakan rakyat Malaysia kini mendapat berita mereka dari media sosial tetapi malangnya ramai yang tidak dapat membezakan antara berita sebenar dan palsu, apa yang mendukacitakan  lagi tanpa usul periksa pengguna media sosial lain serta turut memviral berita palsu tersebut. Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook