Latest News

Friday 23 December 2016

CERITA PANAS SEKARANG: Minyak Makan Bersubsidi

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APA JAMINAN KERAJAAN TERHADAP MINYAK MASAK BERPAKET BERSUBSIDI 1 KG? "SENTIASA MENCUKUPI"... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

KALAU dikira setiap 4 orang rakyat Malaysia menggunakan 1 kg minyak makan sehari, maka keperluan minyak makan (masak) 7,750,000 kg atau 7,750 ton atau 232,500 ton. Ini bermakna, semua rakyat Malaysia tidak menggunakan jenis minyak lain selain minyak bersubsidi RM2.50/kg. Memandangkan semua rakyat Malaysia termasuk yang kaya dan mereka yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat menggunakan minyak bersubsidi, maka bekalan 80,000 ton sebulan yang disediakan untuk kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah memanglah tidak mencukupi. 

Menurut perkiraan KPDNKK, seramai 10 juta rakyat negara ini menggunakan paket minyak bersubsidi dan atas sebab itu jumlah bekalan minyak bersubsidi dihadkan kepada 80,000 ton sebulan. Sebenarnya, jika mengambil kira setiap 4 orang daripada 10 juta penduduk itu menggunakan 1 kg minyak makan sehari, maka tidak timbul masalah kekurangan bekalan minyak bersubsidi itu di pasaran. Namun, apa yang berlaku kerana adanya ketamakan pengguna. Sebagai contoh, jika sekiranya ada 4 orang dalam keluarga, maka mereka membeli 8 kg sekali yakni setiap seorang 2 kg. Maka, dengan keadaan yang demikian pengguna yang lambat ke kedai runcit atau pasar raya yang menyediakan bekalan minyak paket bersubsidi tidak kebahagian.

Di lain pihak, berlakunya pembelian secara lambak oleh pihak-pihak tertentu dan menukar minyak itu ke dalam botol dan dijual menggunakan botol recycle yang menggunakan jenama tertentu. Dan juga ada yang meyeludup minyak itu ke negara jiran khususnya di kawasan-kawasan yang berdekatan sempadan seperti daerah Tawau, Kelantan, Perlis, Kedah, daerah Sandakan, Kudat mahupun negeri Johor.

Apa yang jelas, apa sahaja usaha kerajaan membantu rakyat ada sahaja yang mengambil peluang untuk kepentingan peribadi dan kewangan.

Jadi untuk mengelak keadaan ini, maka mekanisme penjualan perlu diadakan oleh kerajaan antara lain adalah pengguna yang membeli minyak bersubsidi perlu dicatat nombor kad pengenalan mereka agar kerajaan dapat memantau siapa-siapa yang menyalahgunakan minyak bersubsidi kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook