Latest News

Friday 30 December 2016

DUIT DERMA INSTITUSI AGAMA & AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Adakah kerajaan umno/bn semakin miskin... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

DIKATAKAN bahawa satu perubahan terhadap Akta Cukai Pendapatan tahun 1967 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkaitan dengan cukai pendapatan terhadap badan-badan agama. Namun, perubahan itu belum digazetkan atau dimuktamadkan. Carian terhadap perubahan akta cukai itu melalui hansard Parlimen belum diterbitkan. Ertinya, sebarang spekulasi berkaitan dengan perubahan Akta Cukai Pendapatan 1967 berhubung dengan badan keagamaan belum dimuktamadkan.

Sebelum ini, pendapatan badan keagamaan atau institusi yang berpunca daripada sumbangan di mana penyumbang boleh memohon pelepasan cukai berkenaan dengan sumbangan itu.  

Oleh kerana hansard Parlimen berkenaan percukaian itu belum diterbitkan atau dimuktamadkan, maka tidak diketahui mekanisme percukaian itu.

Jika ada pihak yang mendakwa bahawa pendapatan badan-badan keagamaan dicukaikan, mungkin tidak tepat! Memandangkan ianya cukai pendapatan yang hanya berasaskan kepada pendapatan daripada perniagaan sahaja. Jikapun Akta Cukai Pendapatan tahun 1967 diubah berkenaan dengan sumbangan syarikat-syarikat di mana sebelum ini boleh memohon rebat cukai dan kemungkinan besar perubahan itu adalah memansuhkan rebat cukai itu dan bukannya mencukai pndapatan badan-badan keagamaan.

Adalah tidak tepat mencukai sesuatu sumbangan yang bukan berpunca daripada perniagaan. Dakwaan mencukai badan-badan keagamaan di mana sumber kewangan berasal daripada sumbangan tidak memenuhi takrifan cukai pendapatan. Ia kecualilah badan keagamaan itu telah memberi butiran bahawa sumber pendapatan telah dinyatakan secara tetap melalui sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook