Latest News

Friday 9 December 2016

Fakta Sebenar: Sabah Bukan Pengeluar Gas

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah issuer should have gas for free to the people of sabah Of Brunei gas free to his people... Oleh FB Page Tulun Sabah  (screenshot)

SABAH bukan pengeluar gas. Minyak dan jumlah keluaran minyak Sabah hanya 10% keluaran minyak Petronas daripada telaga minyak di Malaysia. Pengeluar gas adalah Sarawak. Di Sarawak, gasny tidak percuma. Keperluan gas Sabah sebenarnya daripada Sarawak dan kawasan-kawasan lain atas sebab keluaran gas Sabah tidak mencukupi untuk keperluan pengguna.

Gas yang merupakan hasil sampingan keluaran minyak dan gas itu mesti diproses terlebih dahulu untuk dapat digunakan. Memproses gas kepada LNG memerlukan kos dan kos itu antara RM30 hingga RM48 untuk 14 kg. Namun, kerajaan memberi subsidi dan menjual pada harga RM26.60 untuk 14 kg dan bukannya RM24. Maklumat pengguna facebook itu mengelirukan khususnya LNG yang berkaitan dengan negara Brunei. Negara Brunei selain pengeluar minyak juga pengeluar gas terbesar di kawasan ini. Hanya 7.5% keluaran gas negara itu digunakan oleh rakyatnya dan bakinya dieksport. Manakala Sabah, keluaran gas tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan terpaksa bersumber daripada kawasan-kawasan lain.

Pengguna facebook itu cuba membandingkan antara buah epal dan durian, sedangkan perbandingan itu cukup tidak adil dan tidak logik.

Jangan mengelirukan dan menafikan pembaca berkenaan dengan maklumat betul dengan memberi maklumat salah dan palsu. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook