Latest News

Wednesday 7 December 2016

HOSPITAL BEAUFORT: Bukan Tempat 'Letak Kereta' Digazetkan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SUDAH 53 TAHUN SABAH MERDEKA... Oleh FB Tj Ajamain (screenshot)

MAKLUMAT DITERIMA: Kawasan lapangan yang ditunjukkan sebagai tempat letak kereta orang awam sebenarnya tidak digazetkan sebagai tempat letak kereta. Akan tetapi, kawasan itu adalah kawasan yang akan dibina bangunan baru untuk peluasan hospital.

Kawasan hospital sebenarnya bukan untuk tempat meletak kereta tetapi kawasan hospital seharusnya hanya untuk kereta ambulans atau kakitangan hospital sahaja. Orang awam yang berkunjung ke hospital tidak digalakkan meletakkan kenderaan di hospital. Adalah salah pengertian bahawa hospital perlu menyediakan tempat letak kereta kerana hospital adalah untuk merawat pesakit bukannya merawat kereta.

Amalan hospital di mana-mana di dunia, pesakit hanya ‘drop by’ dan kemudiannya dijemput semula. Ia bukannya pesakit juga disediakan tempat letak kereta. Komen pengguna facebook itu adalah komen yang tidak mengerti apa fungsi hospital. 

Hospital bukannya tempat komersial sebaliknya tempat untuk merawat orang sakit. Tuntasnya, hospital bukannya bengkel kereta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook