Latest News

Monday 19 December 2016

INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN Ibu Negara & Ibu Negeri: Ini bezanya...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) And yet Sabah tiada Monorel, Lrt, apa lagi MRT, highway? Jangan cerita la... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

DI mana-mana negara di dunia, ibu negara masing-masing memang akan membangun lebih cepat, pesat berbanding ibu negeri. Di negara majupun seperti negara Jepun, kemudahan prasarana pengangkutan seperti MRT atau LRT hanya di kawasan bandar. Demikian juga di kota raya London hanya terdapat di pusat dan kawasan bandar sekitarnya. Ini adalah atas sebabnya untuk mengatasi kesesakan jalan atau lebuh raya utama. Manakala di kawasan-kawasan bandar di mana jalan raya tidak begitu sesak, maka biasanya kenderaan biasa atau bas merupakan alat pengangkutan rakyat.

Di Sabah, untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, maka dibina berbagai jambatan bertingkat. Sebabnya, keperluan alat pengangkutan seperti LRT, MRT atau sebagainya masih belum diperlukan kerana kekurangan pengguna jika dibandingkan keperluan mustahak di pusat Kuala Lumpur sebagai umpamanya. Prasarana seperti LRT atau MRT diperlukan jika pengguna bagi laluan tertentu telah tiba masanya atau mencukupi dan bukannya membina prasarana itu hanya untuk dekorasi atau 'gajah putih'.

Kepada pengguna facebook itu, sudahkah tanya diri anda sendiri? Perlukah kini menaiki MRT atau LRT bermula dari pekan Inanam ke Tuaran atau Inanam ke Kota Kinabalu? Ataupun pekan Sikuati ke Matunggong? Jika ada kerajaan yang membina prasarana seperti itu pada kawasan-kawasan seumpama ini, ianya bukan sahaja kerajaan seumpama itu termasuk kerajaanya tidak waras, tetapi juga pemimpinnya juga sudah gila barangkali. Fikir-fikirkan!

Pengguna facebook ini hanya tahu membuat dakwaan liar tetapi malangnya tidak tahu apa keutamaan negara atau tidak tahu menggunakan pendapatan negara seopitimumnya mungkin, sebaliknya hanya berasaskan pertimbangan sempit dan tidak berasaskan kepada pertimbangan ekonomi atau pengurusan sesbuah negara membangun. Ini sama seperti jika mempunyai wang sendiri dan tidak mahu menggunakan wang itu untuk kepentingan yang membawa manfaat. Sebaliknya, membelanjakan wang itu untuk perkara-perkara tidak berguna seperti memasak batu berbanding memasak nasi dan semata-mata hanya mahu menghabiskan gas masak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook