Latest News

Tuesday 20 December 2016

INI Jalan Luar Bandar Menuju Ke Pensiangan?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jalan menuju ke Pekan Pensiangan, bikin kesian kita punya tempat, tahun 2016 sudah ..tapi jalan raya... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JALAN LUAR BANDAR di Sabah terbahagi kepada beberapa kategori iatu jalan balak, jalan kampung dan jalan perhubungan. Jalan balak, ertinya bukan jalan yang digazetkan, jalan kampung merupakan jalan yang dibina secara 'one-off' dan jalan perhubungan adalah jalan yang diselenggara sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jika jalan yang diviralkan dalam gambar itu termasuk dalam kategori jalan balak, maka jalan itu bukan jalan yang mendapat peruntukan daripada kerajaan melainkan jika dibaikipun, maka syarikat-syarikat balak yang membaikinya. Sekiranya, jalan itu jalan kampung, maka ianya hanya mendapat dana secara one-off. 

Memandangkan pengguna facebook itu tidak menyatakan jalan itu di mana sebenarnya lokasinya walaupun hanya menyatakan jalan itu menuju ke Pensiangan dan juga kategori apa jalan itu, maka kalau dilihat pada gambar sahaja, kemungkinan besar jalan itu adalah jalan balak atau juga kategori jalan kampung tetapi jalan kampung yang tidak digazetkan. Ini bererti, tiada peruntukan berkala bekenaan dengan jalan tersebut.

Sesebuah jalan tidak termasuk kategori jalan yang digazetkan apabila pengguna jalan itu tidak ramai atau tidak kerap digunakan melalui statistiknya melainkan jalan itu hanya digunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti pemburu atau mereka yang mempunyai kebun di sekitar kawasan itu.

Kerajaan hanya mempunyai obligasi membina jalan perhubungan bagi sesebuah kampung jika kampung itu mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 300 penghuni atau setidak-tidaknya ada Pusat Daerah Mengundi. Kemungkinan besar kawasan ini kurang penduduk dan hanya perantaraan laluan dan atas kerana itulah tidak dibina jalan yang kekal.

Sebenarnya, tujuan menggunakan wang rakyat adalah untuk kegunaan rakyat yang ramai, bukannya untuk satu dua orang pengguna atau penggunaan yang jarang-jarang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook