Latest News

Saturday 3 December 2016

JALAN PERHUBUNGAN KAMPUNG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Yb long pasia tidur... Oleh FB Ds chazy Chaz (screenshot)

KERAJAAN kalau berjanji, pasti mengotakan janjinya. Apatah lagi membuat jambatan sepanjang sekangkang kera tersebut. Oleh kerana janji itu tidak wujud, maka pembinaan jambatan sekangkang kera itu tidak dibuat. 

Jangan khuatir jika jalan itu digunakan oleh penduduk, sudah pasti jalan itu akan dibina. Kemungkinan besar jalan itu bukan jalan perhubungan penduduk akan tetapi jalan persendirian. Maka, tidak berbaloilah kerajaan membina jalan persendirian tersebut. 

Kalau pengguna facebook itu telus, sila kemukakan beberapa ramai penduduk yang terlibat menggunakan jalan tersebut? Jika ramai penduduk menggunakan jalan tersebut, sudah pasti Pejabat Daerah Sipitang, Nabawan atau Pensiangan akan tahu dan memasukkan dalam perancangan. Oleh kerana jalan tersebut di luar perancangan Pejabat Daerah, bermakna jalan tersebut merupakan jalan persendirin. Maka sekali lagi, kerajaan tidak ada obligasi membina jalan persendirian itu.  

Kerajaan tahu apa yang perlu dibuat. Kerajaan mempunyai data kawasan mana yang perlu dibina dan kerajaan tahu data taburan penduduk. Kepada pengguna facebook itu, jangan khuatir jika suatu hari jalan itu menjadi jalan yang diperlukan ramai rakyat, maka akan dibina jua. 

Harap-harap, jalan itu sebahagian daripada jalan Lebuhraya Pan Borneo.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook