Latest News

Saturday 3 December 2016

JANGAN MEMPERMAINKAN SENTIMEN Kad Pengenalan Palsu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ni mau cerita pasal projek ic... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)

NAMANYA juga 'Kad Pengenalan' palsu. Pengeluar kad pengenalan palsu tidak mengira masa kerana ianya bermotifkan wang. Kad pengenalan palsu boleh diproses oleh sindiket pengeluar kad palsu dalam beberapa minit, janji wang bertukar tangan. Namun, yang menjadi mangsa adalah pembeli kad palsu itu apabila tertangkap akan masuk penjara, manakala si penjual bersuka ria. 

Sindiket pengeluar kad palsu ini sebenarnya menjadikan beberapa individu menjadi jutawan kerana bayangkan setiap kad palsu dijual antara RM500-RM15,000. 

Kad palsu bukanpun susah dibuat kerana sindiket mempunyai kepakaran termasuk juga mencetak wang palsu.

Ambil contoh, sejak sekian lama kad pengenalan palsu diperkatakan kononnya menjadi pengundi, namun pemgundi Sabah hanya berjumlah 995,000 pengundi dan sekarang daftar itu sedang dipamerkan. Maka, kepada pengguna facebook itu datanglah di pejabat-pejabat daerah atau pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pin point yang mana satu kad pengenalan palsu dan kemudian lapor atau war-warkan secara terang-terangan dan jangan hanya berselindung pada nama palsu di laman sosial.

Kemungkinan besar, pengguna facebook ini adalah sebahagian daripada pemilik kad pengenalan palsu. Sebab, biasanya pencuri akan berteriak 'pencuri-pencuri' bagi mengaburi statusnya, sedangkan dirinyalah seorang pencuri. 

Boleh jadi, siapa tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook