Latest News

Wednesday 14 December 2016

JAWAPAN BALAS "Keputusan bapa pengasas telah disalahguna: Rahman"

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DIA BUAT PRESS STATMENT TETAPI DIA TIDAK BAWA DALAM SIDANG PARLIMENT... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

APABILA tahun 1973, Akta Pendaftaran Negara dikuatkuasakan di mana persyaratan melalui akta itu hanya mereka yang mempunyai surat lahir/beranak sahaja boleh diberikan Kad Pengenalan Malaysia. Maka, pemimpin Sabah meminta agar ada satu klausa dalam akta itu khusus untuk rakyat Sabah sahaja, di mana kluasa itu boleh dipertimbangkan dalam pemberian kad pengenalan bagi penduduk Sabah melalui dokumen daftar lewat yang mana dokumen itu mesti disahkan oleh Ketua Kampung, Ketua Daerah atau Pegawai Daerah di mana seseorang itu bermastautin. 

Namun, ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan peluang ini untuk tujuan kewangan sehingga ada yang bukan penduduk Sabah dikategorikan sebagai penduduk Sabah oleh pihak-pihak yang diberi amanah.

Sebenarnya, jika Tun Mustapha tidak meminta satu klausa dimasukkan dalam Akta Pendaftaran Negara yang dikenali sebagai borang HNR 1, kemungkinan besar 70 peratus rakyat Sabah tidak mempunyai kad pengenalan biru atau warganegara.

Sayang sungguh, kemudahan yang diberikan kerajaan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam negeri ini yang tidak amanah sehinggakan penduduk yang seharusnya bukan warganegara ada yang terlepas dan menjadi warganegara. Ini sejarah yang telah terjadi.

Namun selepas tahun 1984, kemudahan itu telah ditarik balik, maka timbul pula sindiket pemalsuan kad pengenalan dengan menggunakan kaedah yang sama walaupun sindiket itu tahu bahawa kegiatan mereka itu merugikan mangsa kerana kad pengenalan yang mereka keluarkan, tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Atas sebab pemansuhan HNR 1 pada tahun 1984, maka didapati ramai pendatang asing tertipu oleh sindiket. Maka, atas sebab itulah lebih 500 ribu rakyat asing telah ditangkap dan dihantar pulang ke negara masing-masing.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook