Latest News

Saturday 3 December 2016

Kontrak Sosial & MA63

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh bekas CM tidak boleh mengaku kejahilan MA63... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

INILAH masalahnya kalau orang yang bercakap soal-soal MA63 dan kontrak sosial hanya melihat dokumen tetapi tidak mengetahui kejadian di sebalik dokumen itu. Salleh bercakap keadaan sebelum merdeka di mana sebelum British memberi kemerdekaan, maka semua bangsa di negara ini perlu diterima sebagai rakyat selepas kemerdekaan. 

Penduduk asal, berkorban dengan menerima bangsa pendatang sebagai rakyat dengan syarat mereka itu perlu menerima kedudukan penduduk asal dan status penduduk asal baik hal budaya, agama dan adat resam tanpa mempersoalkannya. 

Namun kini, mereka mengingkari  syarat-syarat tersebut. Di Sabah, penduduk yang bukan Islam (tidak semua;majoriti) sebenarnya bersekongkol dengan mereka yang mempersoalkan kedudukan Melayu/Bumiputera Islam kerana mereka itu berkongsi budaya yang sama melalui perkahwinan sehinggakan mereka berkongsi agama dan budaya.
  
Mereka yang mempersoalkan berkaitan kontrak sosial adalah mereka yang tidak suka kepada rakyat beragama Islam namun berselindung dengan dakwaan-dakwaan seperti mana dibuat oleh pengguna facebook itu. Pengguna facebook itu, sebenanya tidak layak berada dalam sebuah negara majmuk kerana mempunyai matlamat menghancurkan negara secara halus yang berlatar belakang berbagai agama, budaya dan suku bangsa.

Kepada pengguna facebook, anda perlu menjauhi manusia-manusia seumpama ini kerana ianya boleh menjahanamkan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook