Latest News

Thursday 22 December 2016

LAGI Skandal Rasuah Jabatan Negeri Air Sabah (JANS)

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Message kepada orang-orang Semporna yang menuduh DSSA secara membuta tuli... Oleh FB Mdaziz Jms (screenshot)
(ii) PELIK TAPI BENAR... Oleh FB Mdaziz Jms (screenshot)

SELAGI SPRM belum menghadapkan mereka yang tertuduh ke mahkamah, maka pihak-pihak tertentu khususnya daripada pihak Datuk Seri Shafie Apdal akan cuba menegakkan benang yang basah.

Dana KKLW yang berjumlah RM3.3 bilion di bawah kuasa Datuk Seri Shafie Apdal, yang mana Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sebagai “pelaksana” atau dengan kata lain, semua barangan untuk dimasak sudahpun tersedia melainkan JANS hanya sebagai tukang masak. Oleh kerana barangan yang perlu dimasak sudah dibeli, maka si tukang masak tiada obligasi, apakah makanan yang dimasak cukup atau tidak kerana itu bukan tanggungjawab tukang masak. Tukang masak akan berdalih bahawa mereka memasak barangan yang tersedia sama ada makanan yang dimasak cukup atau tidak bukanlah tanggungjawab mereka.

Si pembeli barangan, bersekongkol dengan tukang masak walaupun kualiti atau kuantiti barangan yang dimasak tidak menepati spesifikasi yang ditentukan, sebaliknya diterima sahaja oleh tukang masak kerana wang habuan telah diterima. Oleh kerana tukang masak juga mengetahui bahawa pembekal barangan untuk dimasak memanipulasi barangan yang dibekal, maka tukang masak pula mengambil peluang menyeleweng barangan yang perlu dimasak untuk kegunaan peribadi. Atas sebab pembekal barangan untuk di masak dan tukang masak bersekongkol, maka yang dirugikan adalah mereka yang sepatutnya mendapat bekalan makanan itu. Senario inilah yang berlaku pada jabatan tersebut. 

Jabatan Air Negeri Sabah sememangnya hanya bertindak sebagai pelaksana manakala yang melantik kontraktor dan membuat bayaran adalah KKLW. JANS, khususnya Pengarah, Timbalan dan para jurutera daerah hanya melaporkan bahawa semua kerja sudah siap, maka kontraktor dapat bayaran. Oleh kerana semua urusan bermula daripada pemberi dana dan pelaksana berlaku jenayah terancang, maka selama 5 tahun tindakan mereka tidak terbongkar. Namun, setelah itu apabila rakyat sudah mula bising mengapa BALB tiada dan kurang, akhirnya kerajaan negeri bertanyakan kepada kementerian KKLW dan Kerajaan Negeri Sabah mendapat jawapan bahawa sejumlah RM3.3 bilion telah habis dibelanjakan untuk tujuan itu. Oleh kerana dilapangan tidak berbekas, maka tiada pilihan semua projek BALB perlu disiasat dan SPRM menubuhkan 'OPS Water'. Selama setahun pemantauan, pada 4 Oktober lalu, SPRM bertindak secara serentak dan berjaya membongkar jenayah terancang berkaitan dana KKLW sejak sehingga tahun 2015 lagi.

Pendek kata, selagi SPRM belum membawa mereka-mereka yang melakukan jenayah rasuah ke mahkamah, maka pihak-pihak tertentu akan terus menegakkan benang yang terlalu basah. Kerajaan Negeri Sabah sudah jelas, secara rasmi telah memberitahu tiada hubungan dengan dana KKLW tersebut. Kerajaan Negeri Sabah sedang menunggu pihak SPRM mengemukakan dakwaan terhadap pihak-pihak terlibat ke mahkamah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook