Latest News

Wednesday 21 December 2016

Lebuhraya Pan Borneo SUATU LEGASI

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Legacy Its a gift Our resorces and taxes does not deserve... Oleh FB Regi B Puvok (screenshot)
(ii) Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

TELAH 5 mantan Perdana Menteri Malaysia termasuk Tun Mahathir Mohamad tidak pernah merealisasikan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. Hanya apabila Dato' Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri keenam, maka pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sejauh 1,236 Km menghubungkan negeri Sabah dan Sarawak dibina.

Legasi atau catitan, memangpun dalam sejarah akan tercatat bahawa melalui Dato' Seri Najib Razak, lebuh raya itu terbina. Jadi, kalau bukan legasi atau catitan, apa istilah yang boleh digunakan? Bagi mereka yang berjiwa kedai kopi atau kaki lima seperti pengguna facebook itu, maka apa sahaja kebaikan akan dianggap negatif kerana jiwanya yang sangat kecil. Jiwa yang sangat kecil tidak sanggup menerima kebaikan untuk ramai orang.

Dato' Seri Najib Razak akan terkenang selamanya sebagai Perdana Menteri yang menitikberatkan pembangunan dan kemajuan negeri Sabah dan Sarawak. Itulah yang membezakan beliau dengan 5 mantan Perdana Menteri lain di negara ini. Cuba bayangkan, selama 5 Perdana Menteri yang lalu, pembinaan lebuh raya tidak pernah wujud di Sabah dan Sarawak. Ertinya, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi legasi kerajaan di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak.

Memang kalau bukan peruntukan Persekutuan, Sabah tidak akan mampu membina lebuh raya sepanjang ini kerana kos pembinaannya sahaja merupakan hasil pendapatan Sabah untuk 3 tahun. Jika Sabah tidak berbelanja satu sen daripada pendapatan selama 3 tahun, maka jumlah itu setara dengan kos pembinaan lebuh raya itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook