Latest News

Friday 16 December 2016

MENUDING LAGI? Musa? Kerajaan Negeri? Shafie? KKLW? JANS? BALB? - Hanya Omongan Kedai Kopi!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya mau tanya ba sama tu macai² di luar sana kununnya DSSA... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

PENGGUNA facebook itu hanya mengguna pakai omongan kedai kopi sehingga membuat andaian yang bercanggah dengan apa yang berlaku dan telah berlaku. Inilah fitnah dan dangkal namanya!

Memang Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) termasuk semua kakitangannya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah - SPANS (bukan pelantikan politik tetapi bagi urusan DANA KKLW untuk tujuan pembinaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Jelas sekali, jabatan itu berperanan hanya sebagai agensi pelaksana. Agensi pelaksana, ertinya, sama seperti memasak nasi; nasi orang lain beli, periuk orang lain sediakan. Pendek kata, semuanya sudah tersedia dan JANS khususnya Pengarah dan Timbalan Pengarah serta jurutera daerah hanya bersifat sebagai tukang masak. Sebagai tukang masak, maka disitulah mereka-mereka ini mengambil kesempatan mengambil 30% daripada beras yang tersedia itu untuk dibawa pulang. Jelas?

Persoalannya, siapakah yang beli beras? Dan siapakah yang membeli periuk? Tanya Datuk Seri Shafie Apdal! 

Kerana Kerajaan Negeri Sabah termasuk pengakuan Menteri KKLW yang baru, memang dana KKLW bagi tempoh masa 2010-2015, tidak pernah diserahkan kepada kerajaan negeri termasuklah  pelantikan kontraktor dan semua yang berkait rapat terhadap dana untuk BALB keseluruhannya yang diurus oleh KKLW sendiri atas arahan Shafie.

Ada kemungkinan besarnya, memandangkan kerana JANS hanya sebagai pelaksana, maka kakitangannya mengambil peluang. Oleh kerana apakah projek-projek itu berjaya ataupun sampai ke sasaran yakni rakyat, bukanlah tanggungjawab mereka, bererti, nasi yang dimasak, apakah dimakan ataukah nasi itu sedap dimakan bukan urusan tukang masak. Yang penting, nasi sudah dimasak!

Mungkin penjelasan ini dapat difahami oleh penguna facebook itu kerana cara dia berhujah macam cara cerita kedai kopi. Rasakan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook